Tuesday 22 October 2013

PENGHARGAAN KEPADA RAKAN2 FB...


Sebagai penghargaan kepada Rakan FB, samaada saya menjemput mereka menjadi Rakan FB mereka atau sebaliknya.... saya hadiahkan mereka cenderahati berbentuk foto kreatif. Paling mereka suka bila wajah mereka dipapar melalui Mukadepan Majallah. Huiii... bila saya buatkan kepada seorang rakan, ada saja yang komen 'like'. Dari situ saya dapat menyelami bahawa mana-mana rakan FB yang 'like' mereka juga mahu foto seperti itu. Dan ada juga terus menulis 'boleh tak buatkan saya foto macam ni'.

Dibawah ini adalah contoh-contoh yang dapat saya hasilkan. Ada yang saya terus tag foto mereka dari album mereka tapi kebanyakannya terpaksa saya edit dengan menggunakan kreativiti saya sendiri.










Saya akan terus dengan apa yang saya buat sekarang ini. Tapi saya amat mengalu-alukan mereka mempelajari teknik pembuatan foto-foto diatas. Dengan pelajari teknik pembuatan foto seperti yang saya hasilkan, saya yakin mereka juga akan dapat menghasilkan foto seperti apa yang saya buat sebagai penghargaan kepada Rakan FB mereka masing-masing. 

Untuk mengetahui bagaimana teknik pembuatan sila kunjungi FB saya - NOSA ISKANDAR/AZAINI atau hubungi saya melalui HP saya 010-7888313 / 010-7887313 010-539 5313

PUISI PUTRI KU YANG TELAH PERGI BUAT SELAMA-LAMANYA...

Inilah puisi yang ditinggalkan oleh Putri Akhi dan isteri Tengku Sabariah. Arwah yang namanya Puput Chandradewi meninggal pada 17 Ramadan 1433 bersamaan dengan 15 Ogos 2011. Sakitnya tak lama hanya lebih kurang 3 bulan dan pada bulan Ogos ketika umatt Islam berpuasa, akhi menerima panggilan dari Medan dan berita yang mengejutkan Akhi terima.... dia sudah pergi buat selamanya.

Bila berita sedih ini akhi sampaikan kepada isteri Akhi, Tengku Sabariah... dia hampir tidak sedarkan diri.
Waktu itu isteri Akhi sebenarnya kepenatan kerana sebagai Tukang Jahit dia sibuk dengan tempahannya.
Dengan wang yang ada dia berangkat pulang ke kampungnya di Medan... Ikuti kisah bagaimana penglibatan sahabat-sahabat dari Grup 1001 Macam (sekarang di kenali sebagai Terminal Pusaka) yang di terajui oleh
Tok Limbat yang diterajui oleh Tok Limbat dan Grup Seloka Pantun yang diterajui oleh Pak Leh @Mosbi Ismail dalam membantu Akhi menyelesaikan kemelut yang tibul dari kembalinya Arwah Putri Akhi ini.

Akhi mohon apalah kiranya selepas membaca dan menghayati puisi ini... sedekahkan "Alfatihah" untuk Putri kesayangan kami itu.....


NOSTALGIA DESA DAN KOTA KECILKU SIRI 1

Kalau diberi pilihan, aku akan memilih untuk kembali ke masa lampau ku. Tapi apakah itu akan mungkin terjadi....sudah tentunya agak mustahil kecuali dengan kehendak Allah SWT.

Hari ini aku mengambil keputusan untuk mengutip kembali nostalgia dizaman remajaku ditempat kelahiran dan tempat aku menghirup udara segar desaku yang terletak dipinggir kota kecilku Bandar Diraja Kuala Kangsar. Namanya Kampung Sayong Lembah kampung yang terletak di Mukim Sayong ini dapat dilihat dari bandar Kuala Kangsar hanya dipisahkan oleh Sungai Perak yang lebarnya hanya sekitar 150 meter sahaja.



Desaku ini mungkin wujudnya lebih dari100 tahun adalah sebuah kampung yang terletak di Mukim Sayong. Mukim Sayong menggabungkan beberapa buah kampung termasuk Sayong Tengah, Sayong Hilir, Kuala Sayong, Sayong Tebing, Bukit Lada, Kepala Bendang, Bendang Kering dan beberapa buah kampung yang lain. Mukim Sayong dinamakan sempena nama Sungai Sayong oleh orang tua-tua dahulu.
Tradisinya warga Mukim Sayong boleh pergi ke Pekan Kuala Kangsar melalui sungai dengan menaiki sampan atau menaiki keenderaan melalui jalanraya yang hampir 25 kilometer atau sekitar 40 minit perjalanan melalui Jambatan Iskandar yang terletak di Jemuan/Kledang kira-kira 12 km dari kampungku. Zaman yang berubah turut mengubah cara warga Mukim Sayong hendak kepekan Kuala Kangsar, pada mulanya hanya dengan menaiki bot yang berinjin dan sekitar 10 tahun kebelakangan ini telah ada pula Jambatan Sultan Abdul Jalil. Kalau ikut jambatan dengan kenderaan akan mengambil masa kira-kira 7 minit dari kampungku ke pekan Kuala Kangsar. Walaupun ada jambatan tetapi bot penambang masih lagi beroperasi kerana bagi yang berjalan kaki mereka lebih selesa menaiki bot penambang dari melalui jambatan kerana jambatan jauh ke hulu kampungku malah dari jambatan diseberang pekan Kuala Kangsar akan memakan masa untuk kepekan sedangkan melalui bot penambang pijak saja kaki diseberang sana anda sudah berada di kesibukan bandar.


Sebut sahaja sayong, anda mungkin akan teringat dan terbayang kepada Labu Sayong iaitu bekas air minuman. Kalau dulu perusahaan labu sayong ini diusahakan secara tradisional tapi kini sudah berubah mengikut peredaran zaman. Rekabentuk, saiz dan warna telah mengalami perubahan dan dipelbagaikan, begitu juga dengan penggunaannya, kalau dulu sekadar untuk bekas air minuman saja tetapi kini berubah menjadi pasu bunga, tempat bunga telur, tempat habuk rokok, tempat pen dan sebagainya. Sejajar dengan perubahan itu Produk Labu Sayong telah menjadi khazanah kraf negara. Ianya kini dikenali bukan sahaja di Malaysia malah keluar negara. Ini kerana peranan media yang sentiasa memaparkan produk-produk kraf yang dihasilkan oleh rakyat negara ini. 

Klik disini untuk ke Album: NOSTALGIA DESA DAN KOTA KECILKU
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.145997875472139.36687.100001857815656

PUISI NUKILAN SAHABAT

Akhi bina blog dan buat rekagrafik untuk sahabat yang bernama mega ungu
lihat www.koleksipuisi-megaungu.blogspot.com

NUKILAN ROHAINI MUHAMMAD LANI DI POSKAN KE TERMNAL PUSAKA PADA 22.10.2013

Ini pula karya Villa Aryna yang poskan pada 11 Ogos 2011