Hari ini aku mengambil keputusan untuk mengutip kembali nostalgia dizaman remajaku ditempat kelahiran dan tempat aku menghirup udara segar desaku yang terletak dipinggir kota kecilku Bandar Diraja Kuala Kangsar. Namanya Kampung Sayong Lembah kampung yang terletak di Mukim Sayong ini dapat dilihat dari bandar Kuala Kangsar hanya dipisahkan oleh Sungai Perak yang lebarnya hanya sekitar 150 meter sahaja.
Desaku ini mungkin wujudnya lebih dari100 tahun adalah sebuah kampung yang terletak di Mukim Sayong. Mukim Sayong menggabungkan beberapa buah kampung termasuk Sayong Tengah, Sayong Hilir, Kuala Sayong, Sayong Tebing, Bukit Lada, Kepala Bendang, Bendang Kering dan beberapa buah kampung yang lain. Mukim Sayong dinamakan sempena nama Sungai Sayong oleh orang tua-tua dahulu.
Tradisinya warga Mukim Sayong boleh pergi ke Pekan Kuala Kangsar melalui sungai dengan menaiki sampan atau menaiki keenderaan melalui jalanraya yang hampir 25 kilometer atau sekitar 40 minit perjalanan melalui Jambatan Iskandar yang terletak di Jemuan/Kledang kira-kira 12 km dari kampungku. Zaman yang berubah turut mengubah cara warga Mukim Sayong hendak kepekan Kuala Kangsar, pada mulanya hanya dengan menaiki bot yang berinjin dan sekitar 10 tahun kebelakangan ini telah ada pula Jambatan Sultan Abdul Jalil. Kalau ikut jambatan dengan kenderaan akan mengambil masa kira-kira 7 minit dari kampungku ke pekan Kuala Kangsar. Walaupun ada jambatan tetapi bot penambang masih lagi beroperasi kerana bagi yang berjalan kaki mereka lebih selesa menaiki bot penambang dari melalui jambatan kerana jambatan jauh ke hulu kampungku malah dari jambatan diseberang pekan Kuala Kangsar akan memakan masa untuk kepekan sedangkan melalui bot penambang pijak saja kaki diseberang sana anda sudah berada di kesibukan bandar.
Klik disini untuk ke Album: NOSTALGIA DESA DAN KOTA KECILKU
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.145997875472139.36687.100001857815656
No comments:
Post a Comment