Wednesday 20 November 2013



Bolehkah rasuah dihapuskan? Pada masa dulu, rasuah dipanggil tumbuk rusuk atau makan suap dan ada juga istilah under table atau duit kopi. Rasuah sangat berleluasa dalam kehidupan kita, dari sekecil-kecil hinggalah sebesar-besar. Dalam bisnis, rasuah memang berlaku, tetapi saya tak pernah lakukan. Ada yang minta secara langsung, ada yang bagi hint. Saya dapat membuat satu buletin untuk satu organisasi, dan orang yang menjaganya minta sedikit ganjaran. Saya rujuk kepada BPR (pada waktu itu) jika ada sesuatu yang saya musykilkan kerana garis pemisah antara ganjaran dan rasuah nipis sahaja. Jika tidak dalam bentuk wang, dalam bentuk barang seperti tukar tayar kereta, belanja melancung, beli perabut rumah. Saya ada juga belanja klien pergi melancung, tetapi selepas siap kerja atau belanja klien makan, bukan dalam bentuk sebuah janji. Hanya satu surprise! Rasuah seperti orang yang sedang bercinta , apa yang kita buat hanya kita sahaja yang tahu. Kadang-kadang saya 'rasuah' suami apabila saya perlukan sesuatu...

16 November 2013



Kita memang selalu berjanji, " Nanti mak masakkan...." , "Nanti saya belikan..." , "Nanti saya naikkan gaji kamu...". Dari sekecil-kecil janji kepadalah yang sebesar-besarnya, seperti janji kerajaan kepada rakyatnya. Saya tak suka berjanji, tetapi saya suka beri kejutan/surprise. Cuma tanpa janji, kita tak punya harapan untuk digantungkan masa depan. Hidup sentiasa dalam teka teki. Untuk saya berjanji pula, saya tidak tahu, mampukah saya menunaikannya? Menurut seorang pakar psikologi, sebuah janji tidak pasti akan ditunaikan kerana janji itu dibuat pada hari ini, sedangkan hari esok, sebulan, setahun atau 10 tahun akan datang, belum tahu keadaannya. Jika tidak mahu kecewa, dengar boleh, mengharap jangan.

14 November 2013