Friday 20 December 2013

DI SINI AKU BERMULA

Blog ini Akhi bina hasil dari pengalaman yang Akhi kutip sejak dari tahun 1969 lagi - bermula dari sebuah kampong di Bandar Diraja Kuala Kangsar. Ketika itu Akhi dianugerahkan Allah SWT daya kreativiti yang sederhana tetapi mampu menonjolkan diri dikalangan rakan-rakan sebaya dan pihak-pihak berkuasa. 

Alhamdullillah sejak waktu itu, Akhi terus mengasah bakat dalam beberapa bidang seperti penulisan, pengurusan, kepimpinan, fotografi, musik dan pembikinan drama.

Akhi juga terlibat secara aktif dalam politik (nanti Akhi ceritakan khusus dalam bab politik pulak)

Walaupun begitu Akhi tidak fokus pada sesuatu bidang sahaja. Kejayaan yang dicapai tidak mendorong Akhi untuk terus kekal disesuatu bidang, sedikit disana dan sedikit disini. Sebagai contoh dalam penulisan, saya terlibat dalam penulisan artikel, skrip drama dan lirik lagu.

Dalam penulisan skrip Akhi berjaya menyiapkan dua naskah pada tahun 80an - Villa Bukit dan Kerana Nadzirah (ditayangkan di RTM1) dan lirik lagu 'Insaf' (Kumpulan Perdana 1995) telah berjaya bertahan selama 7 minggu berturut-turut dalam carta lagu di Radio KL pada ketika itu disamping beberapa lagu yang dicipta oleh Saudara Rosli Selasih.




Dalam bidang fotografi Akhi telah juga mengukir sejarah dengan tertubuhnya PEJUTA (Persatuan Jurufoto Tanahair) yang berpusat di REDZUAN FOTOMEDIA, Bazar Pertama Kompleks. Akhi adalah Setiausaha Agungnya yang pertama.. 


DATUK HAJI SUHAIMI KAMARUDDIN Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merasmikan Penubuhan PEJUTA (Persatuan Jurufoto Tanah Air) yang Akhi menjadi Setiausaha Agungnya yang pertama.
























Sebahagian Ahli Ahli PEJUTA menjalankan aktiviti 
Sebagai wartawan bebas pula Akhi masih ingat tulisan saya dalam artikel 'Nama Seniman Agung di pawagam dhaif' merujuk kepada Pawagam P. Ramlee yang terletak di Chow Kit. Artikel tersebut telah diterbitkan di Akhbar Mingguan Tanahair dimana pawagam tersebut telah dirobohkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dibawah kuasa Datuk Bandar Tan Sri Elyas Omar selepas Akhi dipanggil oleh Datuk Bandar...

Memori paling indah dalam hidup Akhi bila dapat menerbitkan akhbar Suara Belia Malaysia terbitan Majlis Belia Malaysia dan Akhbar Gerakan Belia 4B Malaysia yang dinama Akhbar 'Belia Bergerak'. Akhi amat teruja,.dalam bidang pembikinan Buletin atau Mini Akhbar ini Akhi dianugerahkan bakat agak istimewa kerana kesemua elemen yang diperlukan dalam bidang pembikinannya dari penulisan, fotografi, rekabentuk hinggalah ke rekagrafiknya Akhi boleh buat sendiri.

Dalam pembikinan drama pula Akhi berjaya menjadi Penerbit Eksekutif kepada HVD Holdings Sdn. Bhd. (dulu HVD Film Productions & Distributors Sdn. Bhd.). Memilih skrip dan menyediakan bajet untuk dimajukan kepada pihak pengurusan dan kemudiannya melaksanakan pembikinan sesebuah drama yang telah diluluskan skrip dan bajetnya adalah tugas Penerbit Eksekutif..

Dalam bidang kepimpinan belia Akhi telah berjaya menubuhkan Pertubuhan Belia Dinamik Kuala Lumpur (Dinamik) dan menjadi Presidennya yang pertama. Pengalaman saya di Perak selama hampir 5 tahun menjadi Setiausaha Gerakan Belia 4B Daerah dan Setiausaha Majlis Belia Daerah Kuala Kangsar banyak membantu Akhi dalam meneruskan kelangsungan saya sebagai Presiden Dinamik.

Sewaktu Akhi berhijrah ke Negeri Sembilan dalam tahun 1982, saya telah berjaya menubuhkan Gerakan Belia 4B Cawangan Felda Pasoh Satu dan dengan lulusnya pendaftaran Akhi telah dilantik menjadi Naib Pengerusi 4B Daerah Jelebu, Negeri Sembilan.

Kebetulan ketika dilantik menjadi Naib Pengerusi Gerakan Belia 4B Daerah Jelebu, Felda Negeri Sembilan Barat sedang dalam proses penubuhan Majlis Belia Felda Negeri Sembilan Barat. Ketika Mesyuarat Agung penubuhannya Akhi telah dilantik sebagai Naib Pengerusi majlis tersebut.

Dalam bidang keusahawanan pula saya menjadi Penolong Setiausaha, Persatuan Peniaga-Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun 2004 - 2007. Dan kemudian menubuhkan pula Pertubuhan Putraniaga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PUTRANIAGA) dan Akhi adalah Setiausaha Agungnya yang pertama. Projek pertama PUTRANIAGA adalah Expo Perdagangan di Plaza Bukit Bintang dan kemudiannya Plaza UE3 di Cheras, Kuala Lumpur.

Wednesday 20 November 2013



Bolehkah rasuah dihapuskan? Pada masa dulu, rasuah dipanggil tumbuk rusuk atau makan suap dan ada juga istilah under table atau duit kopi. Rasuah sangat berleluasa dalam kehidupan kita, dari sekecil-kecil hinggalah sebesar-besar. Dalam bisnis, rasuah memang berlaku, tetapi saya tak pernah lakukan. Ada yang minta secara langsung, ada yang bagi hint. Saya dapat membuat satu buletin untuk satu organisasi, dan orang yang menjaganya minta sedikit ganjaran. Saya rujuk kepada BPR (pada waktu itu) jika ada sesuatu yang saya musykilkan kerana garis pemisah antara ganjaran dan rasuah nipis sahaja. Jika tidak dalam bentuk wang, dalam bentuk barang seperti tukar tayar kereta, belanja melancung, beli perabut rumah. Saya ada juga belanja klien pergi melancung, tetapi selepas siap kerja atau belanja klien makan, bukan dalam bentuk sebuah janji. Hanya satu surprise! Rasuah seperti orang yang sedang bercinta , apa yang kita buat hanya kita sahaja yang tahu. Kadang-kadang saya 'rasuah' suami apabila saya perlukan sesuatu...

16 November 2013



Kita memang selalu berjanji, " Nanti mak masakkan...." , "Nanti saya belikan..." , "Nanti saya naikkan gaji kamu...". Dari sekecil-kecil janji kepadalah yang sebesar-besarnya, seperti janji kerajaan kepada rakyatnya. Saya tak suka berjanji, tetapi saya suka beri kejutan/surprise. Cuma tanpa janji, kita tak punya harapan untuk digantungkan masa depan. Hidup sentiasa dalam teka teki. Untuk saya berjanji pula, saya tidak tahu, mampukah saya menunaikannya? Menurut seorang pakar psikologi, sebuah janji tidak pasti akan ditunaikan kerana janji itu dibuat pada hari ini, sedangkan hari esok, sebulan, setahun atau 10 tahun akan datang, belum tahu keadaannya. Jika tidak mahu kecewa, dengar boleh, mengharap jangan.

14 November 2013

Friday 15 November 2013

TIMELINE UNTUK GRUP DESA AKHI


Alhamdulillah siap satu tugasan sukarela demi masyarakat dan kawan-kawan sekampung akhi. Itu aje sumbangan yang mampu Akhi berikan sebagai satu sumbangan terhadap desa tercinta.

http://on.fb.me/1eWiV8h




RAHMAH MS

Saya tak setuju langsung apa yang dikatakan oleh tetamu di TV ni mengenai iri hati. Kononnya dia menjadi mangsa iri hati. Mana dia tahu orang itu, iri hati, mungkin dia sendiri yang buruk sangka. Jika kita tidak menganggap dia sebagai iri hati, tak adalah sangkaan itu. Iri hati bukan boleh nampak kecuali pada hati orang yang merasainya saja. Jika kita bersifat superior, kita menerima segala yang berlaku adalah berpunca dari diri sendiri, bukan orang lain dan kita berusaha untuk memperbaikinya. Wallallwalam.

10 Oktober 2013


Kita memang selalu berjanji, " Nanti mak masakkan...." , "Nanti saya belikan..." , "Nanti saya naikkan gaji kamu...". Dari sekecil-kecil janji kepadalah yang sebesar-besarnya, seperti janji kerajaan kepada rakyatnya. Saya tak suka berjanji, tetapi saya suka beri kejutan/surprise. Cuma tanpa janji, kita tak punya harapan untuk digantungkan masa depan. Hidup sentiasa dalam teka teki. Untuk saya berjanji pula, saya tidak tahu, mampukah saya menunaikannya? Menurut seorang pakar psikologi, sebuah janji tidak pasti akan ditunaikan kerana janji itu dibuat pada hari ini, sedangkan hari esok, sebulan, setahun atau 10 tahun akan datang, belum tahu keadaannya. Jika tidak mahu kecewa, dengar boleh, mengharap jangan.


13 November 2013 - Rabu


Cucu saya dapat 3A dan 2B. Saya dah teka sebab dia memang pandai bahasa Melayu dan 

Bahasa Inggeris. Kata Mak Long dia, "Tahniah Ain, Mak Long pun dapat macam tu juga, Mak Long sampai juga ke Amerika." Saya pula berangan, kalau Ain jadi penulis, lengkaplah keluarga kami sebagai keluarga bersurat ".

14 November 2013 - Khamis
DULU BUKAN YANG SEKARANG
http://youtu.be/uynvU76kjuY
http://youtu.be/uynvU76kjuY




























Tuesday 12 November 2013

RAHSIA DI SEBALIK PUTARAN JAM ANDA

Hampir kesemua jam yang ada di dunia ini di cipta untuk berputar mengikut arah  Pusingan Jam yakni "Clokkwise". Adakah ianya menepati Fitrah Alam/Fitrah kejadian atau kah sebaliknya????... dan apakah pula kesannya terhadap diri kita  ?.

Firman Allah mengenai Kejadian Masa, Matahari & Bulan...
"Dan dialah (Tuhan) yang telah menjadi malam dan siang, serta matahari dan bulan, tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing [yakni di angkasa lepas]" (Quran : Al Anbiya, 21:12)

Firman Allah Mengenai Kejadian Langit dan Bumi...
"ALLAH mencipta Langit dan Bumi dengan cara yang layak dan berhikmah; sesungguh yang demikian mengandungi satu tanda [yang membuktikan kebijaksanaan Allah] bagi orang yang beriman" (Quran : Al Ankabut 29:44)


Ayat-ayat di atas [ilmu sains angkasa] menerangkan rahsia kejadian malam dan siang yang pastinya hanya terjadi di sebabkan adanya putaran bumi [yang kemudiannya di ketahui oleh para ilmuan] mengelilingi matahari. Begitu juga pergerakan bulan, bintang, serta planet-planet lainnya yang beredar diatas paksinya masing-masing terapung di angkasa raya mengikut pusingan pergerakan Sunnatullah yakni Pergerakan Fitrah dalam satu arah yang di kenali sebagai Pusingan Arah Lawan Jam [ANTICLOCKWISE] atau Arah Pusingan TAWAF. Bahkan keseluruhan pergerakan Alam Semesta semenjak Allah mencipta sehingga hari kehancurannya [Kiamat] mengikut Hukum Alam (Cosmic Law)

Pergerakan Zarah atau 'Atom'
Tahukah anda bahawa ciptaan Allah SWT terhadap jisim iatu Zarah atau Atom yang hanya boleh di lihat dibawah Mikroskop Elektron { setelah dibesarkan ribuan kali ] juga di temui oleh para saintis bahawa ianya berpusing di atas paksinya sendiri. Bahkan ajaibnya didalam atom tersebut mengelilingi Nukleus Atom mengikut pusingan TAWAF atau ANTICLOCKWISE




PERGERAKAN TAWAF DI KAABAH

Sejak ribuan tahun umat Nabi Nabi dari Nabi Ibrahim (AS) sehingga Nabi Muhammad (SAW) di perintahkan oleh Allah SWT mengerjakan Tawaf di sekeliling Kaabah dalam Pusingan Arah Lawan Jam (ANTICLOCK WISE). Ketika mengerjakan Tawaf, posisi bahu kiri serta Jantung & Hati kita sentiasa dekat dengan Kaabah sehingga habis 7 pusingan dan pastinya ianya tidak tercapai sekiranya dilakukan dengan arah Pusingan Jam (CLOCKWISE). Pergerakan ratusan ribu manusia [bahkan jutaan ketika musim Haji] berTAWAF mengelilingi kaabah sama dengan atom, sel-sel darah & tubuh kita, bulan, bintang, matahari, planet-planet dan seluruh ALAM SEMESTA secara saintifiknya telah menghasilkan satu gelombang Elektromagnetik yang amat kuat serta bergerak menuju ka atas.

ALAM TUMBUHAN, HAIWAN DAN MANUSIA


Tahukan anda bahawa sel-sel tumbuhan serta sel-sel tubuh manusia tidak terkecuali dengan Hukum Alam ini disebabkan tumbuhan, manusia bahkan semua haiwan darat, laut an udara terbentuk dari banyak percatuman sel-sel tersebut. Ilmu Biologi mendedahkan bahawa Sitplasma (Cytoplasm) didalam sel bergerak mengelilingi Nukleus dalam pergerakan yang sama seperti berTAWAF.




Cuba kita perhatikan keajaiban pokok-pokok jenis memanjat/menjalar, bukankah ianya juga mengelilingi pohon tumpang atau kayu yang dipacakkan secara semulajadi mengikut Pusingan Anti Jam [Pusingan Tawaf]


Mengenai kejadian manusia; Allah berfirman "Maka hendaklah manusia memperlihatkan dari apakah ia dijadikan, Ia dijadikan dari Air yang terpancar (Air Mani) [Quran : Att Toriq 86 : 5 dan 9]

Tahukanh anda bahawa air mani yang terpancar yang mengandungi jutaan benih, kesemuanya berenang menuju ke OVUM (Telor) yang mana akhirnya hanya satu sahaja yang berjaya menembusi telor tersebut dan dibawah Mikroskop, saintis mendapati bahawa benih mani tersebut berputar laju secara pusingan TAWAF )Anticlockwise) umpama torpedo yang menuju kesasarannya.



 Tayangan menunjukkan sperma menembusi ovum (telor).


OLAHRAGA BALAPAN

Pernahkan anda terfikir kenapa perlumbaan lumba lari pecut di trek stadium sentiasa ikut lawan putaran jam (Arah Tawaf)?... Jawapannya paling mudah ialah kelajuan Maksima dapat dicapai disebabkan pelari mengikut arus putaran bumi (serta alam maya). Disebabkan faktor ini keseimbangan badan menjadi lebih stabil begitu juga tidak mustahil kekuatan juga semakin bertambah berbanding jika berlari mengikut putaran jam. Cuba bayangkan seseorang berenang melawan arus air berlumba dengan seorang lagi yang berenang mengikut arah air dalam jarak yang sama. Anda pasti tahu siapa pemenangnya !.

KESIMPULAN

Dari fakta diatas jelas bahawa segala ciptaan Allah bergerak secara fitrah semulajadi yakni secara gerakan Tawaf (Anticlockwise) dimana hikmahnya yang amat banyak sudah pasti memberi kebaikan kepada kita bahkan pada makhluk lainnya. Yang pastinya Allah Yang Maha Pencipta mencipta sesuatu mengikut Hukum Alam tanpa sia-sia,

Lantas kenapa dan siapa yang mencipta jam (moden) serta mempromosikannya keseluruh dunia ini dengan menggunakan arah menentang hukum alam? Jawapannya mudah... siapakah golongan yang bermati-matian menentang sunnah yang dibawa oleh Rasul Terakhir Muhammad (SAW)? Contoh mudah Nabi mengajar ummatnya melakukan sesuatu perkara baik menggunakan tangan kanan umpamanya ketika makan dan minum, tetapi golongan tersebut suka menggunakan tangan kiri ketika makan dan minum kerana itulah yang disukai oleh Syaitan, Dajjal dan kuncu-kuncunya, Semoga kita bertambah celik dan cerdik selepas ini. ..


APAKAH ALTERNATIF KITA

Sebagai Alternatif Akhi perkenalkan jam pergerakan Tawaf, berjenama SHINY berspesikasi seperti berikut:
Kalis Air : sehingga 3 ATM, Rangka Alloy Metal, Pergerakan Injin buatan Jepun, Tali : Kulit PU. 
Pergerakan Jarum : kesemuanya arah lawan jam (Tawaf) Kotak Simpan : Tin Can.


Kebaikan : Semoga InsyaAllah dengan memakai Jam Pergerakan TAWAF ini... 
Jiwa anda akan bertambah tenteram dan tenang, membantu memperbaiki 
keseimbangan badan dan minda, menambah kekuatan rohani dan jasmani, 
memulihkan kesihatan, tambah yakin. ceria serta mudah-mudahan anda akan lebih 
cenderung kepada Sunnah Nabi (SAW)
Harga Tawaran ini hingga 30 November sahaja


HARGA
Model 101 : RM139.00
Model 102 : RM129.00

PESAN HARI INI... RASAKAN PERBEZAANNYA

CARA PESAN
PM (Inbox) di Facebook/Akhi Nosa Iskandar
Nyatakan Model 
Bank-in ke CIMB 14350073935-52-6
Atas nama 
NOORDDIN P. SALLEH

setelah bank-in sms ke 010-7887313
seperti berikut
Jam tawaf[ ]model[ ]Nama[ ]RM[ ]tarikh dan masa[ ]Alamat
Tambah Belanja Pos RM10.00

Jam akan dihantar kepada anda dalam tempoh 5 hari
sekiranya anda tidak menerima produk dari saya PM/Inbox saya

Terimakasih





Friday 8 November 2013

RAHMAH SAAD

RAHMAH SAAD atau nama penanya Rahmah MS Akhi kenal hanya di Facebook tetapi hasil karyanya cukup-cukup terkesan dihati, Puisi, gurindam dan pantunnya sentiasa mendekatkan kita dengan kehidupan kita seharian, rindu dan cinta adalah diantara tema coretan yang sering menjadi bahan dalam nukilannya. Sejak akhir-akhir ini nukilannya mula menjadi koleksi Akhi.

Dan lewat puisi-puisinya akhi dapat merasakan ada derita dihati sahabat akhi ini. Namun walaupun akhi tau serba sedikit apa yang menyebabkan rasa itu ada dalam hidup sahabat akhi ini rasanya biarlah ianya menjadi rahsia.... Apa pun yang penting kita garapkan disini karya-karya dan ceritanya dari semasa ke semasa.

Akhi mohon maaf kerana tidak meminta izin darinya untuk menyiarkan tulisan dan karya beliau disini.






















Lewat tulisannya Akhi tahu, Rahmah Saad adalah seorang yang telibat dalam urusniaga penerbitan sekaligus beliau juga sedia memberikan khidmat nasihat cara menulis buku secara percuma. Alangkah murninya hati seorang insan sepertinya demi memartabatkan ilmu dia mengorbankan dirinya, masa dan ilmu yang ada padanya demi melihat ilmu tersebar dikalangan mereka yang memerlukan.

Dibawah ini antara status yang diabadikan dalam di wall Facebooknya, dari status itulah Akhi dapat menyorot sedikit siapa Rahmah Saad sebenarnya.

"Pada awal pembabitan saya dalam dunia penerbitan, syarikat saya menerbitkan sebuah buku oleh seorang doktor yang terkenal pada masa itu. Buku tersebut adalah atas usaha saya mengumpul, menyusun dan mengedit semula kertas ceramah beliau mengenai kesihatan. Setelah di pasarkan, ia mendapat sambutan hangat dan diulang cetak beberapa kali dan termasuk dalam senarai 10 teratas. Sayangnya, buku ini telah dicetak rompak dan menjadi kes mahkamah. Saya memang terkilan dengan peristiwa ini, tetapi biarlah, ia sudah menjadi sejarah."

dan ini pula status bagaimana beliau sedia memberikan khidmat nasihat secara percuma yang saya sebut diatas:

"Saya tahu ramai yang ingin menulis buku tetapi tidak tahu caranya. Jika ada minat dan iltizam , saya boleh ajar tekniknya, percuma. Melalui talian saja. Saya ingin berkongsi ilmu dan anda menyebarkan ilmu. Kita sama-sama mencari keredaan Allah."

Cukup sekadar itu celoteh Akhi tentang sahabat yang baru Akhi kenali ini. Akhi akan berbincang dengannya untuk memuatkan status-status dari FBnya yang walau pendek tetapi mempunyai banyak pengajaran dan ilmu yang boleh kita kutip dari status-status itu. Insyaallah.






Saturday 26 October 2013

SAHABAT TERDEKAT KAHWIN LAGI

Dia lebih dari seorang kawan bagi aku. Kerana itulah aku sentiasa bersedia bersamanya ketika susah dan senang. Kami bersahabat lebih dari 15 tahun. Sama-sama menjalankan segala kegiatan perniagaan multi-level yang dia pakar didalamnya. Walau pun aku tak pernah berjaya bersamanya... tapi aku cukup kagum dengan sifat-sifat semulajadinya yang terlalu sabar.

Dan paling akhi kagumi adalah dia tekun dalam kerjaya yang dipercayainya boleh memberi keuntungan dan mengubah kehidupanya. Tetapi isterinya pertamanya tidak menyokong apa yang dilakukannya. Akhirnya mereka terpaksa bercerai setelah anak-anak mereka dewasa dan ada yang sudah berkerjaya.

Setelah hampir tiga tahun membujang, akhirnya dia kahwin dengan gadis berusia 30an, pilihan keluarganya. Sebelum itu ramai sahabat termasuk akhi  kenalkan dia   dengan gadis dan janda tetapi semuanya tak menjadi.......




Dua sejoli: tak kenal tak bercinta... tapi dengan kehendak Allah
mereka bertemu jodoh... semoga berbahagia...



Semoga sahabat ku ini akan bahagia dengan rumahtangga barunya itu. Dan  aku masih terkilan kerana tidak berpeluang bersamanya dalam hari bersejarah dalam hidupnya.

Mengimbau kembali detik-detik yang kami lalui bersama, ada suka, ada duka dan ada juga detik-detik yang mencemaskan.

Dan sampai bila-bila pun aku takkan lupa bila melihat makannya yang tak pernah tak berselera, dia akan makan apa sahaja yang dihidangkan padanya. Bila isteri ku masak masak taucu Medan aku mesti ingat padanya kerana masakan itu kesukaannya.

Sekarang dia bertugas di Kolej Lagenda Mantin sebagai Pengurus Pemasaran. Dengan adanya seorang isteri yang sentiasa mendokong apa saja yang nak dilakukannya, aku percaya kali ini dia akan terus meluncur laju menuju puncak kejayaan, Insyaallah. Dan aku sudah terlalu arif dengan perangainya yang amat memerlukan dukongan dari orang yang dikasihi.

Pernah sekali aku tinggal di rumahnya di Felda Sungai Lui, Bahau, Negeri Sembilan selama beberapa minggu kerana kami sama-sama mengusaha-kan suatu perniagaan Multi Level tetapi kami akhirnya kecundang. Dan aku percaya dia pasti akan berjaya juga bila ada seorang isteri disampingnya. Syukur kepada Allah SWT kerana kurniaan jodoh yang amat secocok dengan perangai dan sifat-sifat yang ada padanya.

KOPI KH (KING HERB) UNTUK KESIHATAN ANDA

KAMI HANYA MENJUAL KOPI KH BOTOL SAHAJA 

Adakah anda mengalami masalah kesihatan? 
Kencing Manis, Darah Tinggi, Buasir, Ghout, MigrainBatu Karang,
Athma/Lelah,atau Penyakit Kronik. 
"SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA KECUALI MAUT"
Berikhtiarlah dengan meminum khkopi iaitu 100% ekstrak/pati herba hutan terpilih. 
InsyaAllah dapat mengeluarkan segala kekotoran/toksid dalam badan 
dan menjadikan anda sihat dan sejahtera.
DENGAN KOPI KH ANDA HANYA PERLU:
Minum 2 x sehari ( 1 susu teh + air suam ) badan akan berpeluh.
Gula, Garam, Kolestrol, Asid, Toksid dan pelbagai kekotoran dalam badan akan dicairkan dan akan di buang melalui saluran roma, najis besar dan kencing. Apabila semua kekotoran dapat dicairkan dan dibuang manusia akan sihat walaupun sudah bertahun-tahun menghadapi masalah kesihatan.Usus perut akan menjadi bersih dan kembali berfungsi. Kekotoran pada Jantung, Paru-paru, Buah Pinggang akan dibuang keluar dan kita akan kembali normal tanpa perlu menjalani sebarang pembedahan. InsyaAllah !

KANDUNGAN DAN FUNGSI  7 HERBA DALAM KOPI KH
Penyakit berpunca daripada pembekuan kekotoran atau toksin di dalam badan. Namun, manusia adalah sebaik kejadian ciptaan Allah SWT kerana mempunyai lima saluran pembuangan kekotoran semulajadi; najis, air kencing, peluh, kahak dan hingus.
  • Najis - Selepas 6 jam makan, manusia biasa perlu membuang najis sebagai mencuci usus besar.
  • Air Kencing - Urin adalah racun berbentuk cecair yang harus dibuang. Air kencing pekat atau berwarna kuning adalah sihat kerana membuang kekotoran.
  • Peluh - Pedas membantu pembuangan kotoran dalaman melalui peluh.
  • Kahak - Lendir ialah darah kotor daripada paru-paru dan rongga dalaman badan, perlu dibuang bagi mengelakkan pembekuan dalam badan.
  • Hingus - Lendir dan darah kotor daripada rongga kepala dan hidung punca kepada migrain dan mesti dibuang.

Pengamal minuman 3-dalam-1 mengalami masalah membuang air besar kerana di dalam minuman tersebut mempunyai kafein atau kristal yang membekukan kandungan dalam usus perut dan seterusnya melambatkan pembuangan najis.


KANDUNGAN DAN 7 FUNGSI HERBA DALAM KOPI KH
BUNGA PAKMA : Betindak memulihkan luka dan pengecutan
TONGKAT ALI : Bertindak sebagai pencair darah dan memecahkan kolestrol
MENGKUDU : Bertindak untuk penstabil seluruh tubuh badan
RAJA SATONG : Bertindak sebagai pembersih jantung, peru-paru dan organ dalaman
HALIA PADI : Bertindak untuk membuang toksid dalam daging dan darah
MISAI KUCING : Bertindak mencuci usus dan mengawal gula dalam darah
UBI JAGA : Bertindak menambah tenaga, cecair lutut, tulang belakang 

dan memekatkan air mani 

PER 100 GRAM (GM)
Tenaga 397 kcal (166%)  |  Karbohaidrat (98.8 gm)  |  Encherichia (0)
Protin (0.3)   |   Lemak (0.1 gm)   |   Echerichia (0)
Coaqulasae Pos St (0)   |  Salmonella (Absent)


HARGA:
SM: RM30.90   Sabah/Sarawak: RM39.90
Brunei: RB30.00  Singapura: SD30.00  Indonesia: Rp150,000
Belanja Pos Semenanjung Malaysia: RM10.00

Jika berminat dan ingin mecuba jangan segan hubungi kami
NOORDDIN SALLEH : 010-7887 313 | 010-7888 313
atau TENGKU SABARIAH SALEH : 010-5395 545