Saturday 26 October 2013

SAHABAT TERDEKAT KAHWIN LAGI

Dia lebih dari seorang kawan bagi aku. Kerana itulah aku sentiasa bersedia bersamanya ketika susah dan senang. Kami bersahabat lebih dari 15 tahun. Sama-sama menjalankan segala kegiatan perniagaan multi-level yang dia pakar didalamnya. Walau pun aku tak pernah berjaya bersamanya... tapi aku cukup kagum dengan sifat-sifat semulajadinya yang terlalu sabar.

Dan paling akhi kagumi adalah dia tekun dalam kerjaya yang dipercayainya boleh memberi keuntungan dan mengubah kehidupanya. Tetapi isterinya pertamanya tidak menyokong apa yang dilakukannya. Akhirnya mereka terpaksa bercerai setelah anak-anak mereka dewasa dan ada yang sudah berkerjaya.

Setelah hampir tiga tahun membujang, akhirnya dia kahwin dengan gadis berusia 30an, pilihan keluarganya. Sebelum itu ramai sahabat termasuk akhi  kenalkan dia   dengan gadis dan janda tetapi semuanya tak menjadi.......




Dua sejoli: tak kenal tak bercinta... tapi dengan kehendak Allah
mereka bertemu jodoh... semoga berbahagia...



Semoga sahabat ku ini akan bahagia dengan rumahtangga barunya itu. Dan  aku masih terkilan kerana tidak berpeluang bersamanya dalam hari bersejarah dalam hidupnya.

Mengimbau kembali detik-detik yang kami lalui bersama, ada suka, ada duka dan ada juga detik-detik yang mencemaskan.

Dan sampai bila-bila pun aku takkan lupa bila melihat makannya yang tak pernah tak berselera, dia akan makan apa sahaja yang dihidangkan padanya. Bila isteri ku masak masak taucu Medan aku mesti ingat padanya kerana masakan itu kesukaannya.

Sekarang dia bertugas di Kolej Lagenda Mantin sebagai Pengurus Pemasaran. Dengan adanya seorang isteri yang sentiasa mendokong apa saja yang nak dilakukannya, aku percaya kali ini dia akan terus meluncur laju menuju puncak kejayaan, Insyaallah. Dan aku sudah terlalu arif dengan perangainya yang amat memerlukan dukongan dari orang yang dikasihi.

Pernah sekali aku tinggal di rumahnya di Felda Sungai Lui, Bahau, Negeri Sembilan selama beberapa minggu kerana kami sama-sama mengusaha-kan suatu perniagaan Multi Level tetapi kami akhirnya kecundang. Dan aku percaya dia pasti akan berjaya juga bila ada seorang isteri disampingnya. Syukur kepada Allah SWT kerana kurniaan jodoh yang amat secocok dengan perangai dan sifat-sifat yang ada padanya.

KOPI KH (KING HERB) UNTUK KESIHATAN ANDA

KAMI HANYA MENJUAL KOPI KH BOTOL SAHAJA 

Adakah anda mengalami masalah kesihatan? 
Kencing Manis, Darah Tinggi, Buasir, Ghout, MigrainBatu Karang,
Athma/Lelah,atau Penyakit Kronik. 
"SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA KECUALI MAUT"
Berikhtiarlah dengan meminum khkopi iaitu 100% ekstrak/pati herba hutan terpilih. 
InsyaAllah dapat mengeluarkan segala kekotoran/toksid dalam badan 
dan menjadikan anda sihat dan sejahtera.
DENGAN KOPI KH ANDA HANYA PERLU:
Minum 2 x sehari ( 1 susu teh + air suam ) badan akan berpeluh.
Gula, Garam, Kolestrol, Asid, Toksid dan pelbagai kekotoran dalam badan akan dicairkan dan akan di buang melalui saluran roma, najis besar dan kencing. Apabila semua kekotoran dapat dicairkan dan dibuang manusia akan sihat walaupun sudah bertahun-tahun menghadapi masalah kesihatan.Usus perut akan menjadi bersih dan kembali berfungsi. Kekotoran pada Jantung, Paru-paru, Buah Pinggang akan dibuang keluar dan kita akan kembali normal tanpa perlu menjalani sebarang pembedahan. InsyaAllah !

KANDUNGAN DAN FUNGSI  7 HERBA DALAM KOPI KH
Penyakit berpunca daripada pembekuan kekotoran atau toksin di dalam badan. Namun, manusia adalah sebaik kejadian ciptaan Allah SWT kerana mempunyai lima saluran pembuangan kekotoran semulajadi; najis, air kencing, peluh, kahak dan hingus.
  • Najis - Selepas 6 jam makan, manusia biasa perlu membuang najis sebagai mencuci usus besar.
  • Air Kencing - Urin adalah racun berbentuk cecair yang harus dibuang. Air kencing pekat atau berwarna kuning adalah sihat kerana membuang kekotoran.
  • Peluh - Pedas membantu pembuangan kotoran dalaman melalui peluh.
  • Kahak - Lendir ialah darah kotor daripada paru-paru dan rongga dalaman badan, perlu dibuang bagi mengelakkan pembekuan dalam badan.
  • Hingus - Lendir dan darah kotor daripada rongga kepala dan hidung punca kepada migrain dan mesti dibuang.

Pengamal minuman 3-dalam-1 mengalami masalah membuang air besar kerana di dalam minuman tersebut mempunyai kafein atau kristal yang membekukan kandungan dalam usus perut dan seterusnya melambatkan pembuangan najis.


KANDUNGAN DAN 7 FUNGSI HERBA DALAM KOPI KH
BUNGA PAKMA : Betindak memulihkan luka dan pengecutan
TONGKAT ALI : Bertindak sebagai pencair darah dan memecahkan kolestrol
MENGKUDU : Bertindak untuk penstabil seluruh tubuh badan
RAJA SATONG : Bertindak sebagai pembersih jantung, peru-paru dan organ dalaman
HALIA PADI : Bertindak untuk membuang toksid dalam daging dan darah
MISAI KUCING : Bertindak mencuci usus dan mengawal gula dalam darah
UBI JAGA : Bertindak menambah tenaga, cecair lutut, tulang belakang 

dan memekatkan air mani 

PER 100 GRAM (GM)
Tenaga 397 kcal (166%)  |  Karbohaidrat (98.8 gm)  |  Encherichia (0)
Protin (0.3)   |   Lemak (0.1 gm)   |   Echerichia (0)
Coaqulasae Pos St (0)   |  Salmonella (Absent)


HARGA:
SM: RM30.90   Sabah/Sarawak: RM39.90
Brunei: RB30.00  Singapura: SD30.00  Indonesia: Rp150,000
Belanja Pos Semenanjung Malaysia: RM10.00

Jika berminat dan ingin mecuba jangan segan hubungi kami
NOORDDIN SALLEH : 010-7887 313 | 010-7888 313
atau TENGKU SABARIAH SALEH : 010-5395 545

PAK MAEL BERCUTI BERSAMA KELUARGA TERSAYANG

Pak Mael pada mulanya saya kenal melalui Ruangan Mari Berpantun Laman Sosial FB, Dari berbalas-balas pantun hinggalah ke sembang FB. Dari situ saya yakin bahawa antara saya dan Pak Mael banyak persamaan. Dia minat Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee,. saya juga punyai minat yang sama. Begitu juga berpantun, nampak banyak persamaan antara kami.
Inilah Pasangan Bahagia Pak Mael dan Isterinya Puan Naeimah Hanif
Dari situlah rakan FB ini semakin rapat dengan saya. Apa saja aktiviti saya dia akan 'Like'. Sebagai penghargaan saya kepadanya saya buatkan sebuah foto cover majallah 'FAMILY & FRIEND', kemudian saya edit sekeping foto dia dan isterinya semasa dalam percutian di Gambang.

Dan atas rasa teruja saya dengan perhatian dan doa-doa Pak Mael saya edit foto-foto percutianya ke Pahang dan Trengganu. Walaupun hanya berkongsi rasa melalui foto-fotonya saya tersentuh kerana dapat melihat sebuah keluarga yang pastinya dirahmati Allah SWT. dan disinari dengan kejayaan dan kebahgiaan. Selain itu saya juga telah menyiapkan sebuah slideshow untuknya.

Album dan Slideshow tersebut saya beri judul "Percutian Pak Mael dan keluarga bahgianya". Album dan slideshow ini telah mendapat komen yang sungguh menggalakkan dari Rakan-Rakan FB. Terimakasih atas penghargaan dan aprisiasi yang diberikan.



Kedua-dua gambar diatas ini saya ceriakan. Dua orang anak Pak Mael ini merakamkan gambar mereka berlatarbelakangkan laut yang membiru tetapi Jurufoto yang mengambil foto asal (Foto 1) telah merakamkan foto
dengan tidak mengimbangkan latar belakang foto asal maka foto tersebut jelas memperlihatkan garis laut tidak
seimbang manakala foto 2 adalah foto yang edit akan nampak lebih hidup dengan menambah objek bot pelancongan dan speed bot agar nampak lebih seimbang, ceria dan segar.
Ini adalah foto cucu Pak Mael yang saya jadikan cover majallah
Gambar2 Percutian sahabatku Pak Mael dengan keluarga bahagianya.dalam FB

Thursday 24 October 2013

ANAK JATI SAYONG LEMBAH CIPTA NAMA BIDANG TEATER

Lahir di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar pada
4 Disember 1948 dan meninggal pada 2 Oktober 1981
Anak seni itu namanya Hashim Yassin @Zaid. Sebuah drama klasik yang berjudul “Citrawirama Langkasuka” telah dipentaskan oleh Grup Estetika, Universiti Utara Malaysia sempena Persidangan Dialog Utara V pada 28 April 1991 di Dewan Sultan Abdul Halim Alor Setar.  

Persoalan yang dipaparkan adalah tentang kedatangan agama Islam di negeri Kedah Darul Aman.  Penulisnya menggunakan teknik imbas muka dengan bantuan gerak cahaya dan bunyi.  Drama ini menggambarkan zaman kekufuran dan salasilah raja-raja di utara Tanah Melayu.  

Skrip drama tersebut ditulis oleh Hashim Yassin, suatu nama yang tidak asing lagi dalam perkembangan drama moden Malaysia. Inilah karya terakhirnya, sebelum kembali menemuinya.

Sebelum ini, pada tahun 1977, drama Hashim yang berjudul “Paku Alam” yang memenangi Pesta Drama Kebangsaan dianggap oleh beberapa peneliti drama pentas sebagai karya sastera yang istimewa dengan kehadiran watak-watak sastera lama dalam drama moden.  Pada tahun 1982 pula dramanya, “Imbas” yang juga memenangi Pesta Drama Malaysia telah meraih Trofi Seri Panggung untuk kategori penerbit, penyunting dan pereka set terbaik pada Malam Seri Angkasa RTM, Disember 1983.  Kemuncaknya drama ini memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1982/1983.  Pada 1 Oktober 1991, sehari sebelum Hashim menghembuskan nafas terakhirnya, “Imbas” dipentaskan semula oleh Kumpulan Teater Alor Star (Kumtas) sempena Pekan Teater peringkat negeri Kedah.

Hashim menceburkan diri dalam bidang penulisan drama pada tahun 1957.  Minat awalnya tumbuh semasa beliau bersekolah Inggeris. Sebagai calon peperiksaan Senior Cambridge, para pelajar dikehendaki menghafal satu babak daripada teater Shakespeare berjudul “Macbeth” sebagai syarat untuk lulus mata pelajaran Kesusasteraan.  Beliau juga terlibat dalam persembahan sandiwara sekolah yang memaksa pelakonnya mencipta dialog secara spontan semasa berlakon.  

Pengalaman ini semua banyak membantu beliau, malahan merupakan latihan awal bagi Hashim dalam menghasilkan skrip drama kemudiannya.  Skrip drama Hashim yang pertama ialah “Hot News”, drama komedi yang ditulis semasa beliau aktif dalam Kelab Teater Inggeris/Melayu.

Di samping minat sendiri yang bercambah di sanubarinya, Hashim mengakui bahawa dorongan juga telah diberikan oleh gurunya yang berbangsa Inggeris, serta dua orang tokoh sasterawan tanah air, Awang Had Salleh (Tan Sri) dan Noordin Hassan (Dato’).  Galakan juga datang daripada ketua kampungnya, Abdullah Sani yang memimpin Kelab Teater Bacaan Sayong Lembah.

Semasa berada di kampung iaitu sekitar tahun 1957 hingga 1959, Hashim bergiat dalam kelab teater ini.  Kelab ini sering mengadakan persembahan sandiwara sebagai satu kegiatan hiburan untuk penduduk-penduduk kampung.  Begitu juga ketika menuntut di maktab perguruan, Hashim sering mengambil bahagian sebagai pengarah dan pelakon dalam persembahan drama.  

Di maktab juga beliau mula mempelajari ilmu sastera.  Bagi mendalami pengetahuan dalam bidang drama, Hashim pernah mengikuti Kursus Audio Visual di British Institute of Career (BK) di Australia.

Kegiatan teater Hashim mula menonjol pada sekitar tahun 1960-an dan untuk pertama kali beliau mementaskan “Megat Terawis” dan “Di Ambang Sore” di Pesta Kesenian Pulau Pinang.  Pada tahun 1963, beliau mementaskan pula “Panca Media” sempena Kongres Guru-guru Malaysia di Alor Setar.

Selepas itu, Hashim menempah kejayaan demi kejayaan dan pada tahun 1964 hingga 1990, sekurang-kurangnya beliau berjaya menghasilkan dua buah drama dalam setahun.  Karya Hashim sering memenangi hadiah, antaranya  pada tahun 1965, drama, “Sasau” memenangi Hadiah Drama Terbaik daerah Alor Setar.  Kemudian dalam Pesta Drama Kebangsaan anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan 1974, drama Hashim yang berjudul “Inflakasta” memenangi Hadiah Teknik Terbaik.  Setahun kemudian, pada tahun 1975, dramanya “Dalang” menjadi johan dalam Pesta Drama Kebangsaan.  Tahun berikutnya, iaitu pada tahun 1976, “Joget Gelombang Beralun” mendapat hadiah penghargaan Pesta Drama Kebangsaan 1976.

Anak kedua daripada lima beradik, empat orang lelaki dan seorang perempuan ini menerima pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Lasah.  Di sekolah inilah bapanya bertugas sebagai guru besar.  Kemudian Hashim melanjutkan pelajaran di Sekolah Clifford, Kuala Kangsar dari tahun 1958 hingga 1961.  Tamat sahaja persekolahan, beliau terus mengikuti latihan perguruan di Maktab Harian Alor Setar, iaitu dari tahun 1962 hingga 1963.  Setelah lulus latihan, beliau ditugaskan mengajar di bandar yang sama.  Akhirnya, jawatan ini terpaksa dilepaskan pada tahun 1984 kerana Hashim diterima bertugas di Universiti Utara Malaysia sebagai pegawai kebudayaan.

Dalam berkarya, Hashim mempunyai pegangan bahawa penulis drama adalah penyampai perutusan kepada pembaca.  Sebaris perkataan yang ditulis akan membina sebuah tamadun pada masa hadapan.  Visi dan misi perkembangan pemikiran manusia terletak pada pena pengarang.  Demikian yang dinyatakan oleh Hashim dalam buku Jambak 2.

Sebagai penulis yang prihatin terhadap perkembangan sastera semasa, Hashim aktif berpersatuan.  Beliau diangkat sebagai pemimpin beberapa persatuan, antaranya ialah Majlis Teater Sekolah-sekolah Kedah, Kumpulan Artis Utara (KAU), Kumpulan Teater Alor Setar dan Lembaga Pengurus Majlis Kebudayaan Negeri Kedah.  Atas jasa dan kesungguhannya mencipta dan mempertingkatkan mutu sastera khususnya drama, Hashim dianugerahi Pingat Cemerlang Kedah (PCK) oleh Kerajaan Kedah dan Pingat Pangkuan Negara (PPN) daripada Kerajaan Malaysia. 

PENTINGNYA SEBUAH GAMBAR

Sebuah foto atau gambar adalah sesuatu yang amat penting dalam kehidupan manusia. Dari dulu sampai sekarang ianya masih terus relevan dan akan menjadi lebih penting pada saat-saat kita memerlukannya.
Saya biasa merasakan saat-saat yang amat terdesak, tertekan dan jadi tak tentu arah bila saya memerlukan foto atau sekeping gambar untuk suatu tujuan tertentu.

Kenapa begitu?
Kerana gambar berfungsi untuk menyokong apa juga fakta yang kita utarakan. 

Gambar juga menjadi dokumen penting dalam banyak hal. Kad Pengenalan dan Pasport memerlukan foto pemiliknya, mahkamah juga menggunakan foto untuk membuktikan apabila merujuk kepada sesuatu kes. Nak buat fitnah pun, foto dan gambar akan dijadikan faktor dan bukti penting. Kesimpulannya; foto dalam banyak hal adalah segalanya.

Bayangkan kalau kad pengenalan atau pasport tak ada foto pemiliknya. Apakah boleh disahkan bahawa pembawa kad pengenalan atau pasport itu benar-benar pemiliknya. Dalam banyak kes mahkamah juga, gambar menjadi faktor penting sehingga yang berbohong tak mampu berkata apa-apa lagi bila sekeping gambar dijadikan bukti.

Nah... itu fungsi sebuah foto kerana sebuah foto boleh menceritakan macam-macam.

Foto pemandangan boleh menceritakan betapa indahnya sebuah pantai atau gunung atau apa pun keadaan sesuatu tempat dimuka bumi ini. Foto juga mampu mengocak emosi kita.

Bila melihat foto seorang anak kecil yang memungut sesuatu dari tempat pembuangan sampah, apatah lagi yang dipungut itu adalah sisa makanan atau anak kecil yang usianya sekitar 8 tahun mengendong seorang bayi. Aduiiii, tak dapat kita bayangkan bagaimana 'rasa kita' bila melihat sebuah gambar yang 'hidup' dan 'menghidupkan naluri, yang dengan begitu halusnya menyentuh perasaan kita' serta mampu pula meraih simpati kita hingga tanpa disedari kita sudah menitiskan airmata.

Begitulah kuatnya pengaruh dan pengaruh emosi sesekeping gambar.
Emosi anda pasti tergugat bila melihat situasi begini?
Bagaimana pulak bila menatap foto anak kecil ini menangis?
mesti terlintas bermacam persoalan di kepala kita?
Hari ini untuk merakam apa juga foto tidak lagi menyulitkan bagi kebanyakan orang. Kalau dulu hanya yang mampu memiliki kamera saja yang boleh mengambil gambar tapi hari ini ianya lebih mudah kerana kebanyakan telefon bimbit sudah siap sedia dengan kameranya. Jadi dimana-mana dan bila-bila masa pun kita sudah boleh merakamkan peristiwa atau objek yang dirasakan berguna.

Kalau dulu dalam proses mengambil gambar kita terpaksa membeli filemnya terlebih tapi kini semua sudah berubah. Dari filem kini berubah ke 'digital'.  

Dulu untuk sekeping foto kita melalui suatu proses yang rumit, tidak memadai dengan hanya memiliki sebuah kamera sahaja. Kena ada filemnya, kena hantar untuk proses 'develop' atau biasa kita sebut dengan istilah 'cuci gambar'.

Tapi dengan foto digital lebih mudah dengan syarat ada peralatannya seperti kamera, memory card dan card reader. Dan yang amat penting adalah sebuah komputer, kalau anda tidak memiliki komputer, boleh dihantar ke kedai foto yang ada perkhidmatan memproses foto digital.

Kenapa topik ini saya persembahkan kepada anda kali ini. Kerana saya mahu saya dan anda semua menghargai detik dan peristiwa, harta dan orang yang kita sayangi melalui foto @gambar. Bagi yang mampu memiliki, kamera video juga adalah perlu bagi merakamkan detik peristiwa atau harta benda dan orang yang tersayang.

Lihat saja peristiwa Tsunami di Acheh yang telah memusnahkan banyak
sekali rumah dan bangunan, juga beratus ribu nyawa terkorban tapi
kehendak Allah jualah yang telah menyelamatkan masjid ini dari 

kemusnahan yang mengerikan itu.
Cukup untuk kali tapi  Insyaallah saya akan sambung lagi apa yang ada hubungkait dengan topik ini. Kali ini banyak lagi perkara yang menarik akan saya persembahkan termasuklah cara mengambil atau merakamkan gambar, bagaimana nak edit gambar, teknik super impose dan sebagainya.

FOTO: SEGARKAN KENANGAN LAMPAU

Saperti  yang Akhi dinyatakan dalam tulisan saya dalam artikel 'Pentingnya sebuah gambar' bertarikh 13 May 2011 yang lalu, dalam situasi tertentu gambar @foto menjadi amat diperlukan dan pada masa yang lain pula ianya dapat mempengaruhi emosi kita.

Lantaran itu foto merupakan sesuatu yang amat perlu diberikan jagaan rapi terutama yang menyangkut hal-hal peribadi yang melibatkan kenangan, tak kiralah kenangan manis maupun kenangan pahit. Contohnya; foto perkahwinan, foto semasa zaman remaja, foto bersama keluarga, foto di kolej, foto peristiwa penting dalam hidup kita dan berbagai lagi foto yang sepatutnya dijaga rapi.

Namun demikian banyak yang lalai dalam hal ini. Kebanyakannya membiarkan foto begitu saja tanpa menjaga dan menyimpan dengan baik. Akibatnya apabila diperlukan, kita mula kelam kabut - tercari ke sana sini.

Kali ini saya ingin menyentuh tentang foto lama. Foto lama amat-amat berharga sebenarnya. Contohnya foto ibubapa anda yang telah pergi buat selama-lamanya. Ada yang menyimpan foto ibu mereka semasa hidupnya, ada pula menyimpan koleksi yang banyak, kadangkala diwarisi dari ibubapa mereka sendiri (termasuk album peribadi keluarga). Tapi kebanyakan orang tidak prihatin untuk menyimpan foto kenangan mereka termasuk foto kedua orangtua mereka.

Minggu ini saya ingin menyentuh mengenai bagaimana nak menjaga dan edit gambar lama yang ada dalam simpanan anda. Foto itu mungkin dalam bentuk hitam putih atau sudah pudar warnanya. Usah risau kerana semua gambar boleh diperbaiki.  Lihat contoh dibawah ini.

Foto ini adalah foto rakan saya semasa kecil
Gambar ini adalah gambar rakan saya semasa kecil dan sekarang usianya sudah hampir menjangkau 30'an. Lihat, semasa gambar ini diambil mungkin umurnya sekitar 1 tahun. Dia masih menyimpannya tetapi sudah agak pudar dan terdapat kerosakan disana sini. Alangkah bangganya dia bila dapat menunjukkan kepada anak-anaknya foto beliau semasa berumur 1 tahun. Dengan teknologi hari ini, foto ini sebenarnya boleh diedit sehingga nampak lebih jelas dan lebih efisyen lagi.

Nah...lihat bagaimana hasilnya setelah gambar diatas diperbaiki (diedit, diperbaiki dan kerusinya pula diganti dengan yang lebih moden sedikit).

Nak tahu bagaimana saya edit dan perbaiki gambar ini tunggu artikel akan datang. Pada waktu yang sama kalau ada foto-foto lama anda yang ingin anda perbaiki sila tag di Facebook saya @ NOSA ISKANDAR (Dinsalleh) tapi saya akan kenakan sedikit bayaran (boleh dibincang dulu).

Dibawah ini adalah contoh foto yang telah diedit. Foto 1 (atas) ternyata latar belakangnya rosak teruk, gambarnya agak 'blur' dan warna agak kemerah-merahan.  Sementara foto 2 (bawah) saya telah tukar latar belakangnya dan saya telah 'touch-up sikit-sikit'. Kemudian 'Croping'nya saya buatkan ada margin antara objek dengan latar belakangnya. Lihat perbezaannya foto asal dan foto jelmaan semula. Berbeza tak?


MUQADIMMAH


Dari sini aku bermula......

Blog ini saya bina hasil dari pengalaman yang saya kutip sejak dari tahun 1969 lagi - bermula dari sebuah kampong di Bandar Diraja Kuala Kangsar. Ketika itu saya dianugerahkan Allah SWT daya kreativiti yang sederhana tetapi mampu menonjolkan diri dikalangan rakan-rakan sebaya dan pihak-pihak berkuasa. 

Alhamdullillah sejak waktu itu, saya terus mengasah bakat dalam beberapa bidang seperti penulisan, pengurusan, kepimpinan, fotografi, musik dan pembikinan drama.

Saya juga terlibat secara aktif dalam politik (nanti saya ceritakan khusus dalam bab politik pulak)

Walaupun begitu saya tidak fokus pada sesuatu bidang sahaja. Kejayaan yang dicapai tidak mendorong saya untuk terus kekal disesuatu bidang, sedikit disana dan sedikit disini. Sebagai contoh dalam penulisan, saya terlibat dalam penulisan artikel, skrip drama dan lirik lagu.

Dalam penulisan skrip saya berjaya menyiapkan dua naskah pada tahun 80an - Villa Bukit dan Kerana Nadzirah (ditayangkan di RTM1) dan lirik lagu 'Insaf' (Kumpulan Perdana 1995) telah berjaya bertahan selama 7 minggu berturut-turut dalam carta lagu di Radio KL pada ketika itu disamping beberapa lagu yang dicipta oleh Saudara Rosli Selasih
Dalam bidang fotografi saya telah jga mengukir sejarah dengan tertubuh PEJUTA (Persatuan Jurufoto Tanahair) yang berpusat di REDZUAN FOTOMEDIA, Bazar Pertama Kompleks. Saya adalah Setiausaha Agungnya. 
Datuk Hj. Shuhaimi Kamaruddin dalam Majlis Penubuhan PEJUTA  (Persatuan Jurufoto Tanahair) pada 18 Februari 1982 di sebuah hotel di Kuala Lumpur
Ahli-Ahli PEJUTA sedang dalam sessi bergambar di Tasik Perdana Kuala Lumpur
PAWAGAM P. RAMLEE DI JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN
Sebagai wartawan bebas pula saya masih ingat tulisan saya dalam artikel 'Nama Seniman Agung di pawagam dhaif' merujuk kepada Pawagam P. Ramlee yang terletak di Chow Kit. Artikel tersebut telah diterbitkan di Akhbar Mingguan Tanahair dimana pawagam tersebut telah dirobohkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dibawah kuasa Datuk Bandar Tan Sri Elyas Omar.

Memori paling indah dalam hidup saya bila dapat menerbitkan akhbar Suara Belia Malaysia terbitan Majlis Belia Malaysia dan Akhbar Gerakan Belia 4B Malaysia yang dinama Akhbar 'Belia Bergerak'. Saya amat teruja. Dalam bidang pembikinan Buletin atau Mini Akhbar ini saya dianugerahkan bakat agak istimewa kerana kesemua elemen yang diperlukan dalam bidang pembikinannya dari penulisan, fotografi,rekabentuk hinggalah ke rekagrafiknya saya boleh buat sendiri.

Dalam pembikinan drama saya berjaya menjadi Penerbit Eksekutif kepada HVD Holdings Sdn. Bhd. (dulu HVD Film Productions & Distributors Sdn. Bhd.). Memilih skrip dan menyediakan bajet untuk dimajukankepada pihak pengurusan dan kemudiannya melaksanakan pembikinan sesebuah drama yang telah diluluskan skrip dan bajetnya adalah tugas Penerbit Eksekutif..

Dalam bidang kepimpinan belia saya telah berjaya menubuhkan Pertubuhan Belia Dinamik Kuala Lumpur (Dinamik) dan menjadi Presidennya yang pertama. Pengalaman saya di Perak selama hampir 5 tahun menjadi Setiausaha Gerakan Belia 4B Daerah dan Setiausaha Majlis Belia Daerah Kuala Kangsarbanyak membantu saya dalam meneruskan kelangsungan saya sebagai Presiden Dinamik.

Sewaktu saya berhijrah ke Negeri Sembilan dalam tahun 1982, saya telah berdaya menubuhkan Gerakan Belia 4B Cawangan Felda Pasoh Satu dan dengan lulusnya pendaftaran saya telah lantik menjadi Naib Pengerusi 4B Daerah Jelebu, Negeri Sembilan.

Kebetulan ketika dilantik menjadi Naib Pengerusi Gerakan Belia 4B Daerah Jelebu, Felda Negeri Sembilan Barat sedang dalam proses penubuhan Majlis Belia Felda Negeri Sembilan Barat. Ketika Mesyuarat Agung penubuhannya saya telah dilantik sebagai Naib Pengerusi majlis tersebut.

Dalam bidang keusahawanan pula saya menjadi Penolong Setiausaha, Persatuan Peniaga-Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dan kemudian menubuhkan pula Pertubuhan Putraniaga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PUTRANIAGA) dan saya adalah Setiausaha Agungnya yang pertama. Projek pertama PUTRANIAGA adalah Expo Perdagangan di Plaza Bukit Bintang dan kemudiannya Plaza UE3 di Cheras, Kuala Lumpur.

R@DUAN NORUDIN RN yang ku kenal


oleh Nosa Iskandar

Walaupun secara peribadi saya baru kenal dengan figura yang bernama Raduan Norudin RN ini tetapi saya amat kagum akan keupayaan dan daya kreativiifnya dalam menghasilkan karya-karya yang sungguh nostalgik dan semasa juga. Orangnya nampak cukup sederhana dalam pergaulan seharian...berjanggut, berkopiah dan tutur bahasanya amat santun sekali.
   Raduan walaupun berasal dari kampung yang sama dengan saya tetapi perkenalan kami baru bermula setelah saya berusia senja dan beliau sendiri sudah punyai 4 orang anak. Masa di kampung dulu saya tak pernah ingat adakah kami pernah bertemu dimana-mana. Dan baru kini juga saya tahu ayahandanya adalah seorang yang cukup saya kenal sewaktu ayahandanya itu masih ada.
   Bercerita tentang ayahandanya, beliau itu adalah pemandu bot penambang yang cukup serius roman mukanya. Dia macam pelakun Shariff Dol 'samseng kampung dusun' dalam filem Bujang Lapuk arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Tapi ayahanda Raduan ini cukup pendiam orangnya..... dan sesekali dia akan melawak juga. Itulah karektor yang masih dapat saya ingat tentang ayahanda Raduan yang lebih dikenali dengan panggilan Zon bot semasa hayatnya.
      Bercerita tentang karya Raduan, sempat saya lihat ianya adalah berpaksikan suasana disekeling kita. Ada yang nostalgik dan semasa dan lebih mirip kepada apa yang dapat katakan dalam bahasa saya sendiri sebagai modern art. Entah apa yang diistilahkan oleh Raduan dan pelukis sepertinya saya tak tau. Dan biasanya disetiap lukisan yang dihasilkan ada saja mesej disebaliknya. Itulah kekuatan Raduan dengan hasil-hasil karyanya. Luahan hatinya tidak setakat biasa-biasa sahaja ada juga kelihatan berontak dan gelodak hatinya yang ditumpahkannya lewat hasil karyanya. Seperti karyanya 'Penjual Injin' nampak keras mengkritik Menteri Pertahanan atas isu kehilangan injin helikopter yang pernah satu ketika heboh diperkatakan.
      Dan lukisan yang paling saya suka adalah karyanya yang saya namakan sebagai 'Bot Penambang'. Bot Penambang adalah hasilkarya yang nostalgik bagi kami di kampung Sayong Lembah, kampung kelahiran Raduan yang juga menjadi kampung saya membesar.

Bot Penambang karya Raduan Norudin RN
Bot itu jugalah yang menjadi kenaikan saya dan rakan sebaya yang bersekolah di SMR Raja Muda Musa Jalan Kenas . Masa tu SM Sayong tak dibina lagi. Semua murid-murid di seberang sana akan bersekolah dibeberapa buah sekolah di bandar Kuala Kangsar.
     Itulah secebis kisah disebalik kehidupan saya dan Raduan dan Raduan telah mengabadikannya dalam sebuah lukisan yang ternyata amat nostalgik dan menyentuh hati saya dan ramai lagi penduduk kampung yang turut berbangga dengan bakat yang ada pada seniman yang telah mencipta nama dengan hasil-hasil karyanya. Dan saya sungguh rasa bertuah kerana dapat mengenali Raduan sebelum saya menutup mata.
    Saya meneliti satu persatu hasilkarya beliau dalam blognya. Blog yang memuatkan hasilseninya itu dinamakan 'www.suteramalaya.blogspot.com' juga bercerita tentang kerjaya dan aktiviti-aktiviti seninya.

    Beliau juga menjadi orang penting dalam kerjayanya di RTM. Dan pada waktu lapang dia akan melakarkan dinding-dinding di sekitar Ibukota dan beberapa tempat lain dengan aktivitinya yang beliau namakan sebagai 'Graviti', Melalui lakaran-lakaran itulah antara tempat Raduan meluahkan rasa hatinya.
       Raduan juga pernah terlibat dalam pembikinan sebuah drama popular RTM iaitu KELONG KASIH karya Badrul Amir Mat Isa  sebagai pelukis set (Lihat  http://kelongkasih.blogspot.com/ ).

Raduan Menyiapkan Lakaran Set Kelong Kasih
DYMM Sultan Johor sedang berkata sesuatu kepada Raduan semasa baginda
mencemar duli mengunjungi Pameran Endau Rompin yang disertai Raduan
Kelihatan Raduan sedang bekerja keras menyiapkan lakaran dindingnya


http://suteramalaya.blogspot.com/
http://kelongkasih.blogspot.com/


NOLTALGIA DESA DAN KOTA KECIL KU

Bahagian 2:

       Seorang Perantau yang prihatin tidak akan pernah lupa pada tempat kelahirannya. Sejauh mana pun seseorang itu merantau ingatan pada kampung halaman tidak akan pernah luput dari ingatannya malah dah jadi tradisi orang kita di Malaysia terutama orang-orang melayu bila sampai hariraya masing-masing akan teringatkan kampung halaman terutama bagi mereka yang masih ada ibu ayah dan saudara mara.
      Sejauh mana terbang bangau hinggap akhirnya tetap dibelakang kerbau... Itu pepatah melayu yang digambarkan kepada anak rantau yang sejauh mana rantauannya akhirnya dia akan pulang juga ke kampung halaman.

Pertemuan di Shah Alam pada 15 April 2012
      Baru-baru ini pada 15 April 2012 satu perjumpaan anak jati kampung ku telah diadakan di Shah Alam. Seramai 20 orang anak jati Sayong Lembah sebuah kampung di Seberang Bandar Diraja Kuala Kangsar telah hadir dan akhirnya tertubuhlah sebuah Jawatankuasa Penaja untuk menubuhkan sebuah persatuan yang bakal menghimpunkan Anak-Anak Jati Kampung Sayong Lembah. Pertemuan itu adalah cetusan idea 7 orang anak jati Sayong Lembah yang telah mengadakan pertemuan seminggu sebelum pertemuan itu diadakan yang saya anggap sebagai Pengasas kepada tertubuhnya persatuan Anak Rantau Sayong Lembah ini. Untuk rakaman sejarah saya turunkan nama-nama mereka yang menjadi pencetus idea itu iaitu Saudara Kamal Ariffin Kamaruzaman, Nasir Din (tidak dapat hadir semasa pertemuan pertama di Prima Sri Gombak), Ahmad Zaini Kamaruzzaman, Mohd Kamarol  Mohd Salaam, Kamaruddin Norddin, Mohd Raduan Norudin dan saya sendiri Norddin Salleh atau di kampung lebih dikenali dengan nama Zaini.
         Pertemuan berikutnya diadakan pula di rumah Ahmad Zaini di Taman Sri Indah Batu Caves dan kali ini ternyata sambutannya lebih hangat, 34 orang anak-anak jati kampung telah hadir dalam pertemuan yang dinamakan SANTAI MESRA Anak-Anak Jati Sayong Lembah. Pertemuan itu adalah merupakan detik yang amat bersejarah pada saya juga rakan-rakan lain kerana ada diantara kami sudah lama tak berjumpa malah ada yang tak kenal antara satu sama lain.
        Alhamdulillah pertemuan sebegini amat berkesan dalam menyatukan anak-anak desa yang telah lama terpisah. Walau pun ada yang hadir itu saudara dekat tetapi oleh kerana kekangan tanggungjawab dan tugas masing-masing menyebabkan lama tak berjumpa. Dan pertemuan itu telah dapat menyimpulkan kembali tali silaturrahim antara kami semua. Dalimawati Ismail, pelakun drama dan filem yang berasal dari Sayong Lembah juga turut serta menjadi ahli dan turut hadir dalam majlis ini.

Bergambar ramai Santai Mesra pada 1 Mei 2012
            Dipertemuan inilah Jawatankuasa Penaja telah memutuskan nama dan arahtuju persatuan yang bakal ditubuhkan. Persatuan Anak-Anak Rantau Sayong Lembah atau ringkasnya PERANTAU telah dipersetujui untuk ditubuhkan. Tujuan persatuan ini ditubuhkan adalah untuk menyatukan semua Anak-Anak Jati desa tercinta yang merantau dan tujuan utama adalah untuk kembali menumpahkan jasabakti ke kampung halaman yang tercinta itu.
          Selain dari Kamal Ariffin kamaruzzaman dilantik menjadi Pengerusi dan Mohd Khair Buyong Naib Pengerusi saya juga telah menawarkan diri untuk menjadi Setiausaha. Penolong Setiausaha dan Bendahari disandang oleh Mohd Khairol Salam dan Khadijah Buyong. Jawatankuasa lain adalah terdiri dari Ahmad Zaini, Nasir Din, Kamaruddin Nordin, Raduan Noruddin, Mohd Ghazali Ibrahim, Fairus Halim, Zulkifli Din, Asrul Sufian, Azizi Mat Johor, Johari Osman dan Zamanhuri Jazuli.
         Walau apa pun asas kepada pertemuan ini adalah Sayong Lembah Grup di Facebook yang jadi pemangkin kepada titik pertemuan dan perhubungan anak-anak kamung di perantauan ini. Untuk itu saya dan Jawatankuasa Perantau mengucapkan terimakasih kepada pengasas SLG terdiri dari 6 orang anak muda Sayong Lembah yang prihatin termasuklah Mohd Isma Raus, Oin San dan Khairol Salam yang jadi Penolong Setiausaha persatuan ini.

Inilah wajah-wajah Ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan Anak Rantau Sayong Lembah Kuala Kangsar


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang persatuan ini sila layari: