Friday 12 September 2014

PROGRAM TERBAIK

Membentuk Komuniti Prihatinadalah konsep yang dibawa oleh MMM yang baru beroperasi di Malaysia sekitar 3 bulan. Pun begitu, walaupun baru tetapi sudah terdapat beberapa orang yang telah menjana ratusan ribu ringgit Malaysia.

Sebelum ke Malaysia, di Indonesia dalam tempoh 3 tahun 
seramai 4 juta warga Indonesia menikmati keberhasilan luarbiasa berbanding program berangkaian sebelumnya.

Saya amat senang apabila dalam MMM bila nak mendaftar pembayaran tidak disertakan seperti program-program sebelum ini. Pembayaran akan dibuat apabila sistem mengarahkan peserta berbuat demikian. Dan dalam membuat penajaan perkara 'bayat kemudian ini' menjadi sesuatu yang menarik minat prospek yang kita temui. Selain itu ada beberapa lagi perkara-perkara yang menjadi tarikan, diantaranya adalah: '

'i. Asasnya program ini bukan perniagaan, MLM, bukan juga investmen dan yang penting sekaliTIDAK ADA PENJUALAN PRODUK.

 ii. Penajaan atau yang biasa disebut 'cari orang' adalah pilihan, nak cari, boleh, tak cari juga boleh tapi kalau cari ada bonus dan peluang untuk diangkat menjadi 'Manager'. Satu lagi dalam program ini peserta boleh menaja diri sendiri. Dan dengan menaja diri sendiri ini kita akan dapat ikut  serta berkali-kali dengan modal yang sama. Ini disebabkan modal  yang kita ada akan dapat semula setelah kita membayar adalah sekitar 5 hari sahaja. Hari keenam anda sudah boleh menyertainya lagi dengan  modal       yang anda dapat semula setelah anda ikut serta pada 5 hari sebelumnya.

iii. Wang pembayaran akan dikembalikan dalam bentuk modal + 30% keuntungan dalam tempoh yang singkat yakni kurang dari seminggu. Ini juga satu tarikan yang mendorong prospek untuk ikut serta.

                     
 iv. Kepada umat islam yang mementingkan 'halal haram' ini adalah suatu  program yang boleh dijadikan sandaran untuk menentang riba' kerana  konsep asasnya adalah TAAWUNatau tolong menolong. Dari pendapat yang tahu tentang syariat telah disah-kan HALAL kerana setiap ringgit yang kita sumbangkan kepada seseorang (seperti yang diarahkan oleh sistem) tidak dikembalikan oleh orang uang sama. Kita akan dapat sum-bangan dari orang lain pula yang sama sekali tidak dikenali. Begitu  juga kita tidak akan pernah kenal kepada siapa kita berikan sumbangan.

 v. Pendapatannya melebihi dari modal. Kalau tidak ikut serta dalam program ini dengan hanya suatu sumbangan sebesar RM300 dalam bulan itu kita akan mendapat pula sumbangan sehingga RM390 dan dalam sebulan kalau kita berikan sumbangan sebanyak 6 kali maka kita akan ada lebihan dari  modal sebanyak 6 x RM90 = RM540 dan modal masih lagi ada sebanyak RM300. Bulan kedua kita sudah boleh menambah modal sumbangan kepada yang lebih besar asalkan dalam gandaan RM30. Bayangkan kalau   anda menyumbang sebanyak RM3000 maka pulangan yang anda akan terima adalah RM5400 sebulan. Lumayan.

 vi. Yang penting dalam program ini tidak ada sama sekali tekanan. Sekiranya sistem mengarahkan kita membuat pembayaran atau sumbangan dan kebetulan kita tidak punya wang maka kita boleh beritau kepada manager kita bahawa kita tidak dapat memberikan sumbangan maka tempat kita akan digantikan dengan orang lain malah walaupun tidak diberitau kepada manager sekalipun sistem akan tetap membuat gantian cuma orang yang akan menerima sumbangan akan mendapat sumbang lewat sedikit itupun hanya lewatnya maksima tidak lebih dari 24 jam.

v.  Apakah ada kemungkinan untuk rugi?
Jawapan saya adalah ianya diasaskan oleh Mavrodi dari Rusia sejak tahun 1994 dan telah disebarluaskan di banyak negara seperti India, Bangladesh. China, Singapore, Nepal, Hong Kong, Indonesia dan beberapa buah negara lagi tidak adapun rungutan malah di Indonesia Bank Syariat telah menggunakan logo MMM untuk kad ATMnya untuk mengekang ahli-ahli MMM agar terus menggunakan khidmat Bank Syariat itu.

Dari 5 alasan yang saya beri diatas, saya amat berharap agar sahabat-sahabat saya akan tidak teragak-agak untuk turut serta dalam program MMM Malaysia ini kerana ia adalah program paling mudah dan terjamin dan yang pentingnya TIADA RISIKO.

Untuk mengetahui selanjutnya tentang MMM ini sila lawati laman sesawang yang saya buat @ http://mmm-dinsalleh.blogspot.com/.

Saturday 23 August 2014

CUCU PERTAMAKU

Muhammad Adam Nasri
adalah cucu pertama ku
dilahir pada 3 Jun 2014

Sunday 3 August 2014

KASIH SEKAMPUNG








































KASIH SEKAMPUNG
Oleh: Lelawati Zahari

Syawal tiba, berkunjung ke halaman bonda
Ramadhan semalam masih erat memeluk jantung hati
Malam ini tika bintang bertabur di dada langit nan terbuka
Tika desir bayu tepian sungai penuh jasa ini
Masih setia  menyambut kehadiran kita
Mengumpul kasih anak-anak desa
Kecil besar tua dan muda
Sekampung sehalaman, pernah dahulu seperahu sepermainan,
berkejar di hujung desa, atau lelah mengempuk padi di sawah bendang,
atau pernah kita bersama meranduk air dikala banjir melimpah ke desa
Semua itu masih terbayang di mata
Biar jauh merantau di kota
Namun kasih saudara, gementar  dingin jemari nenda,
bening kolam air mata ayah bonda,
Masih tersisip erat di lubuk hati kita

Syawal ini, terhidang juadah aneka rupa
Teratak dihias menanti saudara
Pakaian indah aneka warna
Namun, jauh di hati kita
Masih terkenang mereka di sana
Apakah juadah di pagi raya
Bebatuan berdebu antara runtuhan
Berteguk air mata dan juga tangisan
Berhias dentuman dan juga bedilan
Hanya doa kita panjatkan
Mohon belas kepada Tuhan
Bahang kasih sesama insan
Harum mawar kita taburkan

Syawal ini bersama kita tautkan
Yang jauh kita dekatkan
Yang dekat berkunjung-kunjungan
Yang tua jangan dilupakan
Yang muda kasih bak intan
Bermaaf-maafan handai dan taulan
Salah dan silap kita lupakan
Moga hidup dirahmati tuhan
Jadi ingatan sepanjang zaman

Akhi amat tersentuh mendengar dan melihat senditi Lelawati mendeklamasikan Puisi diatas @ Perjumpaan Hariraya pada 28 Julai 2014 (Hariraya Pertama). Penilaian Akhi memang selayaknya dia diberikan penghormatan mendeklamasikan sajak dihadapan Presiden Indonesia dan dihadapan pemimpin2 besar di rantau ini....

Akhi bangga mempunyai rakan sekampung (yang juga nurid Tadika akhi) seperti Lelawati ini, tidak sombong dan amat merendah diri walaupun namanya sudah dicanang dimana-mana.

Teruskan perjuanganmu memartabatkan seni puisi...... 

Friday 20 December 2013

DI SINI AKU BERMULA

Blog ini Akhi bina hasil dari pengalaman yang Akhi kutip sejak dari tahun 1969 lagi - bermula dari sebuah kampong di Bandar Diraja Kuala Kangsar. Ketika itu Akhi dianugerahkan Allah SWT daya kreativiti yang sederhana tetapi mampu menonjolkan diri dikalangan rakan-rakan sebaya dan pihak-pihak berkuasa. 

Alhamdullillah sejak waktu itu, Akhi terus mengasah bakat dalam beberapa bidang seperti penulisan, pengurusan, kepimpinan, fotografi, musik dan pembikinan drama.

Akhi juga terlibat secara aktif dalam politik (nanti Akhi ceritakan khusus dalam bab politik pulak)

Walaupun begitu Akhi tidak fokus pada sesuatu bidang sahaja. Kejayaan yang dicapai tidak mendorong Akhi untuk terus kekal disesuatu bidang, sedikit disana dan sedikit disini. Sebagai contoh dalam penulisan, saya terlibat dalam penulisan artikel, skrip drama dan lirik lagu.

Dalam penulisan skrip Akhi berjaya menyiapkan dua naskah pada tahun 80an - Villa Bukit dan Kerana Nadzirah (ditayangkan di RTM1) dan lirik lagu 'Insaf' (Kumpulan Perdana 1995) telah berjaya bertahan selama 7 minggu berturut-turut dalam carta lagu di Radio KL pada ketika itu disamping beberapa lagu yang dicipta oleh Saudara Rosli Selasih.




Dalam bidang fotografi Akhi telah juga mengukir sejarah dengan tertubuhnya PEJUTA (Persatuan Jurufoto Tanahair) yang berpusat di REDZUAN FOTOMEDIA, Bazar Pertama Kompleks. Akhi adalah Setiausaha Agungnya yang pertama.. 


DATUK HAJI SUHAIMI KAMARUDDIN Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merasmikan Penubuhan PEJUTA (Persatuan Jurufoto Tanah Air) yang Akhi menjadi Setiausaha Agungnya yang pertama.
























Sebahagian Ahli Ahli PEJUTA menjalankan aktiviti 
Sebagai wartawan bebas pula Akhi masih ingat tulisan saya dalam artikel 'Nama Seniman Agung di pawagam dhaif' merujuk kepada Pawagam P. Ramlee yang terletak di Chow Kit. Artikel tersebut telah diterbitkan di Akhbar Mingguan Tanahair dimana pawagam tersebut telah dirobohkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dibawah kuasa Datuk Bandar Tan Sri Elyas Omar selepas Akhi dipanggil oleh Datuk Bandar...

Memori paling indah dalam hidup Akhi bila dapat menerbitkan akhbar Suara Belia Malaysia terbitan Majlis Belia Malaysia dan Akhbar Gerakan Belia 4B Malaysia yang dinama Akhbar 'Belia Bergerak'. Akhi amat teruja,.dalam bidang pembikinan Buletin atau Mini Akhbar ini Akhi dianugerahkan bakat agak istimewa kerana kesemua elemen yang diperlukan dalam bidang pembikinannya dari penulisan, fotografi, rekabentuk hinggalah ke rekagrafiknya Akhi boleh buat sendiri.

Dalam pembikinan drama pula Akhi berjaya menjadi Penerbit Eksekutif kepada HVD Holdings Sdn. Bhd. (dulu HVD Film Productions & Distributors Sdn. Bhd.). Memilih skrip dan menyediakan bajet untuk dimajukan kepada pihak pengurusan dan kemudiannya melaksanakan pembikinan sesebuah drama yang telah diluluskan skrip dan bajetnya adalah tugas Penerbit Eksekutif..

Dalam bidang kepimpinan belia Akhi telah berjaya menubuhkan Pertubuhan Belia Dinamik Kuala Lumpur (Dinamik) dan menjadi Presidennya yang pertama. Pengalaman saya di Perak selama hampir 5 tahun menjadi Setiausaha Gerakan Belia 4B Daerah dan Setiausaha Majlis Belia Daerah Kuala Kangsar banyak membantu Akhi dalam meneruskan kelangsungan saya sebagai Presiden Dinamik.

Sewaktu Akhi berhijrah ke Negeri Sembilan dalam tahun 1982, saya telah berjaya menubuhkan Gerakan Belia 4B Cawangan Felda Pasoh Satu dan dengan lulusnya pendaftaran Akhi telah dilantik menjadi Naib Pengerusi 4B Daerah Jelebu, Negeri Sembilan.

Kebetulan ketika dilantik menjadi Naib Pengerusi Gerakan Belia 4B Daerah Jelebu, Felda Negeri Sembilan Barat sedang dalam proses penubuhan Majlis Belia Felda Negeri Sembilan Barat. Ketika Mesyuarat Agung penubuhannya Akhi telah dilantik sebagai Naib Pengerusi majlis tersebut.

Dalam bidang keusahawanan pula saya menjadi Penolong Setiausaha, Persatuan Peniaga-Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun 2004 - 2007. Dan kemudian menubuhkan pula Pertubuhan Putraniaga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PUTRANIAGA) dan Akhi adalah Setiausaha Agungnya yang pertama. Projek pertama PUTRANIAGA adalah Expo Perdagangan di Plaza Bukit Bintang dan kemudiannya Plaza UE3 di Cheras, Kuala Lumpur.

Wednesday 20 November 2013



Bolehkah rasuah dihapuskan? Pada masa dulu, rasuah dipanggil tumbuk rusuk atau makan suap dan ada juga istilah under table atau duit kopi. Rasuah sangat berleluasa dalam kehidupan kita, dari sekecil-kecil hinggalah sebesar-besar. Dalam bisnis, rasuah memang berlaku, tetapi saya tak pernah lakukan. Ada yang minta secara langsung, ada yang bagi hint. Saya dapat membuat satu buletin untuk satu organisasi, dan orang yang menjaganya minta sedikit ganjaran. Saya rujuk kepada BPR (pada waktu itu) jika ada sesuatu yang saya musykilkan kerana garis pemisah antara ganjaran dan rasuah nipis sahaja. Jika tidak dalam bentuk wang, dalam bentuk barang seperti tukar tayar kereta, belanja melancung, beli perabut rumah. Saya ada juga belanja klien pergi melancung, tetapi selepas siap kerja atau belanja klien makan, bukan dalam bentuk sebuah janji. Hanya satu surprise! Rasuah seperti orang yang sedang bercinta , apa yang kita buat hanya kita sahaja yang tahu. Kadang-kadang saya 'rasuah' suami apabila saya perlukan sesuatu...

16 November 2013



Kita memang selalu berjanji, " Nanti mak masakkan...." , "Nanti saya belikan..." , "Nanti saya naikkan gaji kamu...". Dari sekecil-kecil janji kepadalah yang sebesar-besarnya, seperti janji kerajaan kepada rakyatnya. Saya tak suka berjanji, tetapi saya suka beri kejutan/surprise. Cuma tanpa janji, kita tak punya harapan untuk digantungkan masa depan. Hidup sentiasa dalam teka teki. Untuk saya berjanji pula, saya tidak tahu, mampukah saya menunaikannya? Menurut seorang pakar psikologi, sebuah janji tidak pasti akan ditunaikan kerana janji itu dibuat pada hari ini, sedangkan hari esok, sebulan, setahun atau 10 tahun akan datang, belum tahu keadaannya. Jika tidak mahu kecewa, dengar boleh, mengharap jangan.

14 November 2013