Friday 8 November 2013

RAHMAH SAAD

RAHMAH SAAD atau nama penanya Rahmah MS Akhi kenal hanya di Facebook tetapi hasil karyanya cukup-cukup terkesan dihati, Puisi, gurindam dan pantunnya sentiasa mendekatkan kita dengan kehidupan kita seharian, rindu dan cinta adalah diantara tema coretan yang sering menjadi bahan dalam nukilannya. Sejak akhir-akhir ini nukilannya mula menjadi koleksi Akhi.

Dan lewat puisi-puisinya akhi dapat merasakan ada derita dihati sahabat akhi ini. Namun walaupun akhi tau serba sedikit apa yang menyebabkan rasa itu ada dalam hidup sahabat akhi ini rasanya biarlah ianya menjadi rahsia.... Apa pun yang penting kita garapkan disini karya-karya dan ceritanya dari semasa ke semasa.

Akhi mohon maaf kerana tidak meminta izin darinya untuk menyiarkan tulisan dan karya beliau disini.






















Lewat tulisannya Akhi tahu, Rahmah Saad adalah seorang yang telibat dalam urusniaga penerbitan sekaligus beliau juga sedia memberikan khidmat nasihat cara menulis buku secara percuma. Alangkah murninya hati seorang insan sepertinya demi memartabatkan ilmu dia mengorbankan dirinya, masa dan ilmu yang ada padanya demi melihat ilmu tersebar dikalangan mereka yang memerlukan.

Dibawah ini antara status yang diabadikan dalam di wall Facebooknya, dari status itulah Akhi dapat menyorot sedikit siapa Rahmah Saad sebenarnya.

"Pada awal pembabitan saya dalam dunia penerbitan, syarikat saya menerbitkan sebuah buku oleh seorang doktor yang terkenal pada masa itu. Buku tersebut adalah atas usaha saya mengumpul, menyusun dan mengedit semula kertas ceramah beliau mengenai kesihatan. Setelah di pasarkan, ia mendapat sambutan hangat dan diulang cetak beberapa kali dan termasuk dalam senarai 10 teratas. Sayangnya, buku ini telah dicetak rompak dan menjadi kes mahkamah. Saya memang terkilan dengan peristiwa ini, tetapi biarlah, ia sudah menjadi sejarah."

dan ini pula status bagaimana beliau sedia memberikan khidmat nasihat secara percuma yang saya sebut diatas:

"Saya tahu ramai yang ingin menulis buku tetapi tidak tahu caranya. Jika ada minat dan iltizam , saya boleh ajar tekniknya, percuma. Melalui talian saja. Saya ingin berkongsi ilmu dan anda menyebarkan ilmu. Kita sama-sama mencari keredaan Allah."

Cukup sekadar itu celoteh Akhi tentang sahabat yang baru Akhi kenali ini. Akhi akan berbincang dengannya untuk memuatkan status-status dari FBnya yang walau pendek tetapi mempunyai banyak pengajaran dan ilmu yang boleh kita kutip dari status-status itu. Insyaallah.