Pertemuan tanpa diduga itu amat menyentuh naluriku kerana ianya telah ditunggu-tunggu sejak 5 tahun lalu.
Dan kian memuncak keinginan bersama kami sejak akhir-akhir ini.
Saat yang dinanti-nantikan tiba jua akhirnya bila pagi itu telefon bimbitku berdering dan terpapar nombor yang tidak ke kenali....Sebaik sahaja ku angkat dan aku memberi salam.... terdengat suara yang terasa amat ku kenali....dan bila suara itu menyebut: "Pak Leh nak gi rumah din ni"
ternyata tanggapan ku betul... Itu adalah sahabat yang ku kenali melalui Facebook sejak 5 tahun lalu...
Hati gementar tiba-tiba, lalu isteriku, ku beritahu... dan meminta dia menyiapkan apa yang patut untuk menyambut 'tetamuku yang amat istinewa itu'....
Selepas aku meletakkan telefon bimbit ku, aku terus mengemaskan diri....
Maklumlah menyambut tetamu istimewa amat-amat ingin ku temui sejak sekian lama.
Tak lama kemudian sekali lagi telefon ku berdering...."
"Pak Leh dah sampai Simpang 3 dah ni"
dengan loghat Terengganu yang masih dapat ku fahami. Aku terus memberikan tunjuk arah melalui telefon dan akhir dia sampai ke rumah kami dengan anak angkatnya Alan Ramli ( juga dikenali melalui FB).
Pak Leh berasal dari Besut Terengganu berumur lebih 70 tahun tapi masih lagi kelihatan gagah dan tampan. Tampan dan gagahnya itu ku analisa bila dia sampai dan terus memeluk erat sosok tubuhku.... Amat terharu rasanya.... terharu yang bukan dibuat-buat malah airmata kami sama mengalir kerana kegembiraan yang teramat sangat.
Mesra kami bukan dibuat-buat tetapi tulus dari sudut hati |
Kami bersembang berbagai topik dari hal peribadi dan kawan-kawan hinggalah ke topik grup 'Seloka Pantun FB" yang diasaskan oleh Pak Leh. Seloka Pantun adalah titik tolak perkenalan kami dari situlah dapat ku kenal kawan-kawan lain.... seperti Pak Mael @Pi Eem, Maya Maisara, Kartina Baharon, Selok Kero, Siti Norisma, Atan Kenari, Spanar Bengkok, Wan Zaiton Wan Ismail dan ramai lagi.
Kami bersembang dan bersembang dan akhirnya isteriku Tengku Sabariah menyediakan juadah - makan tengahari... Alhamdullillah dengan masakan ikan pantin, gulai merah hati, sambal hijau, masak kari ikan tongkol dan pucuk ubi rebus, nampak tetamu-tetamu istimewa ku makan dengan penuh berselera.
Setiap pertemuan akan pasti diakhiri dengan perpisahan. Pak Leh memohon diri untuk beredar ke tempat lain. Sekali lagi kami berpelokan. Aku tidak dapat menahan airmata kesedihan. Dalam hati, aku terus berharap akan pertemuan seperti ini akan berulang lagi,
Dan doaku agar persahabatan kami akan berakhir hingga ke ujung nyawa. Insyaallah.
Dari perbualan kami ada sesuatu yang amat menyentuh naluri ku iatu hasrat Pak Leh nak mencari pasangan hidup setelah sekian lama bersendirian. Dalam hati, aku berdoa semoga Allah akan memakbulkan hasrat dan keinginan Pak Leh itu...
Berselera sekali tetamu ku menjamu selera.... |
Assallamualaikum kekandaku Nosa yg amat ku hormati.....
ReplyDeletebagus sangat abg buat blog ini...boleh menjadi kenang2an sampai bila2...
teruskan usaha murni ini abg....adinda sokong dari belakang....:)
Sama-sama Muhamad Ismail, kalau boleh tolong menulis sekali... boleh kita bergabung.... macam mana boleh ke?
DeleteAssalamua'laikum..
ReplyDeleteSemoga berterusan memperolehi manfaat bersama :-)
Terimaksih Mohd Ali atas dorongan saudara... Insyaallah saya akan terus menulis...
Delete