Pernah sekali kami berbincang, masa tu Raja Muhammad Raja Izham masih bersama kita.... Perbincangan berkisar untuk mewujudkan Tabung Kebajikan bagi membantu ahli-ahli grup yang ditimpa musibah. Ini perlu bagi mengukuhkan silaturrahim kerana kita kena terima hakikat bahawa kita bukan hendak bersahabat ketika senang sahaja, kita perlu membantu sekiranya ada rakan kita yang berada dalam kesusahan....
Tabung ini akhi rasa sudah tiba masanya untuk diwujudkan kerana langit tidak selalu cerah, sesekali bumi akan ditimpa hujan juga. Akhi ingin menyarankan kerana Akhi pernah tiba-tiba sahaja menerima musibah. Nasib Akhi agak baik kerana masa itu ada kawan-kawan yang membantu.... terutama peranan yang dimainkan oleh Tok Limbat, Selok Kero, Rosshadah Abdullah, Wankamar Wanabdullah dan ada yang datang terus ke rumah mem-beri sumbangan seperti Saifuzzaman Gado-Gado, Maya Maisara, Zainab Musa dan beberapa orang lagi yang Akhi dah tak ingat lagi....
Bayangkan keperluan akhi masa tu bukan sedikit, dari soal isteri yang terpaksa berada di Medan ketika itu untuk menguruskan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membawa cucu akhi pulang ke Malaysia, Soal akidahnya terpaksa akhi perjuangkan kerana ayahnya seorang cina mualaf yang kembali ke agama asalnya.
Itulah keadaannya bila kita dalam keadaan terdesak. Jadi marilah kita sama bincangkan agar ianya akan segera direalisasikan. Kita tak tau... mungkin esok, mungkin lusa, mungkin bulan depan ada nasib malang yang menimpa rakan-rakan dalam grup kita menerima musibbah. adakah kita hanya berpelok tubuh, tidak buat apa-apa.... Fikir-fikirkanlah....
Tabung ini akhi rasa sudah tiba masanya untuk diwujudkan kerana langit tidak selalu cerah, sesekali bumi akan ditimpa hujan juga. Akhi ingin menyarankan kerana Akhi pernah tiba-tiba sahaja menerima musibah. Nasib Akhi agak baik kerana masa itu ada kawan-kawan yang membantu.... terutama peranan yang dimainkan oleh Tok Limbat, Selok Kero, Rosshadah Abdullah, Wankamar Wanabdullah dan ada yang datang terus ke rumah mem-beri sumbangan seperti Saifuzzaman Gado-Gado, Maya Maisara, Zainab Musa dan beberapa orang lagi yang Akhi dah tak ingat lagi....
Bayangkan keperluan akhi masa tu bukan sedikit, dari soal isteri yang terpaksa berada di Medan ketika itu untuk menguruskan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membawa cucu akhi pulang ke Malaysia, Soal akidahnya terpaksa akhi perjuangkan kerana ayahnya seorang cina mualaf yang kembali ke agama asalnya.
Itulah keadaannya bila kita dalam keadaan terdesak. Jadi marilah kita sama bincangkan agar ianya akan segera direalisasikan. Kita tak tau... mungkin esok, mungkin lusa, mungkin bulan depan ada nasib malang yang menimpa rakan-rakan dalam grup kita menerima musibbah. adakah kita hanya berpelok tubuh, tidak buat apa-apa.... Fikir-fikirkanlah....
PERTEMUAN DI SEMENYEH |
Satu peristiwa yang tidak dapat Akhi lupakan adalah ketika perkhabaran anak Akhi meninggal dunia di Medan antara kawan-kawan yang terawal Akhi beritau adalah Tok Limbat. Perginya Putri Akhi Puput Chandradewi dalam keadaan mengejut menyebabkan Akhi dan isteri Tengku Sabariah terkapai-kapai. Masa itu adalah 17 Ramadhan 2011, isteri Akhi sedang sibuk dengan tempahan jahitannya tetapi dengan usaha Tok Limbat akhi telah mendapat sumbangan awal melebihi RM1,000.00. Bayangkanlah dengan perkenalan di FB, tanpa kenal secara peribadi Akhi mendapat sumbangan yang sungguh besar. Ada lagi rentetan kisah ini hingga rakan-rakan FB membantu sehingga RM5K lagi dapat dikumpulkan. Dan apa peranan Puan Rosshadah dan Wankamar dalam misi seterusnya.
Kita beraleh kepada betapa serius kami dalam Grup 1001 Macam yang diterajui oleh Tok Limbat serta dibantu oleh Maya Maisara, Nuramina Safraa, Dari Perantauan dan Pucuk Kalumpang (Maafkan Akhi kalau ada nama pengurus-pengurus grup yang Akhi sebutkan tidak betul tapi hanya itu yang Akhi tau) sehingga kami wujudkan foto profil yang seragam.sepert sebahagiannya yang dipaparkan dibawah ini....
Inilah sebahagian Foto Profil yang telah dibuat untuk ahli-ahli Grup 1001 Macam yang diterajui oleh Tok Limbat |
Pernah juga Akhi mencadangkan agar Grup 1001 Macam menerbitkan Buletin Tok Limbatt tetapi terus terang Akhi katakan bahawa pada masa tu Akhi tidak ada kemahiran untuk membina blog maupun Website. Walau pun ada sokongan akhi tidak dapat melangsungkan penerbitannya kerana masaalah yang Akhi katakan diatas tadi walau pun dummynya telah Akhi siapkan...
Inilah dummy Buletin Pangki Tok Limbat yang tidak dapat diterbitkan oleh sebab2 teknikal |
MENGIMBAU PERTEMUAN DI SEMENYEH
GRUP 1001 Macam telah meninggalkan bermacam kenangan termasuk yang 3B (bertemu bercinta dan bertemu jodoh) dan antara yang menjadi kenangan adalah pertemuan yang diatur oleh admin.Pertemuan pertama dirumah Saudara Wkamar Wanabdullah di Kelang diikuti dengan di Semenyeh dirumah Puan Rosshadah Abdullah pada 3 Mac 2012.
Pertemuan pertama dirumah Saudara Wankamar Wanabdullah akhi tidak berkesempatan hadir tetapi perte-muan kedua di rumah Puan Rosshadah akhi hadir kerana grup ini banyak berjasa kepada keluarga Akhi
Ramai yang datang selain Tok Limbat dan Pucuk Kalumpang sebagai admin yang hadir adalah Saifuzzaman Gado-Gado dan isterinya Kalsom Shaari, Wankamar Wanabdullah, Haiza Abdullah, Azean Yan, Cinta Chanduri, Azizsan Jusuh, Patek Desa Patek, Ena Zarin dan Kamarol Bahrin KB, Rohaini Muhammad Lani, Jenazah Senyum dan ramai lagi....Kesemua yang hadir hampir 40 orang termasuk keluarga Ahli...
.
Pucuk Kalumpang & Melor Desa |
Akhi tabek spring kepada Pucuk Kalumpan (PK) kerana sebagai admin dia nampaknya bersusah payah merealisasikan pertemuan ini dan dia dibantu oleh Melor Desa sepanjang pertemuan itu berlangsung.
Dalam pentadbiran grup PK adalah admin yang aktif selain dari Nuramina Safraa, Maya Maisara dan Dari Perantauan Tetapi Maya Maisara sudah kurang aktif bila 1001 Macam diganti dengan Mahkamah Kehidupan & Terminal Pusaka. Harapan Akhi Maya Maisara akan kembali.aktif. Kehadiran Maya akan pasti mem-bawa kepada kehadiran ahli-ahli lain yang kini juga menyepi.
Ini adalah ahli2 Grup 1001 Macam yang hadir dalam pertemuan di rumah Puan Rosshadah di Semenyeh |
Banyak kenangan yang diukir semasa pertemuan ini dijalankan. Pertamanya meraikan Hari Ulangtahun Kelahiran Saifuzzaman Gado-Gado..serta meraikan pasangan 3B iaitu Ena Zarin dan Kamaarol Baharin KB.
Meraikan Ulangtahun Kelahiran Saifuzzaman Gado-Gado dan pasangan 3D Ena Zarin dain Kamarol Baharin KB |
Walaupun pertemuan itu dah lama berlalu tetapi kesannya amat mendalam dan untuk itu akhi ucapkan tahniah kepada Tok Limbat yang berjaya dalam usahanya membentuk ukhuwah dikalangan ahli 1001 Macam pada waktu itu.dan ternyata sampai kini pun ahli-ahli grup tetap menjalinkan hubungan dalam apa juga aktiviti peribadi masing-masing.
Mereka berkanda dinda tanpa di cemburui atau diragui oleh pasangan masing-masing. Kerana penyertaan dalam grup digalakkan bagi pasangan suami isteri. Itulah uniknya budaya yang disuburkan dalam grup ini.
Puan Rosshadah dan suaminya |
Peranan tuan rumah juga penting dalam menjayakan pertemuan seperti ini dan nampaknya Akhi angkat topi pada Puan Rosshadah Abdullah dan suaminya kerana menyediakan prasarana yang agak selesa untuk pertemuan yang bersejarah ini. Dan semua yang hadir bersetuju bahawa rumah Puan Rosshadah ini cukup sesuai untuk dijadikan vanue bagi pertemuan ini - luas dan cantik serta hiasan halamannya juga sedap mata memandang. Bukan itu saja malah 'kambing golek' yang disediakan juga membuatkan kemeriahan majlis ini terserlah.
Puan Rosshadah dan suami juga ramah dan pandai melayan tetamu hingga tetamu merasakan macam berada dirumah sendiri. Setiap tetamu disambut dengan senyum dan penuh mesra . Jadi semua tetamu tidak kekok berada dalam majlis itu.
Ruang santai yang berada disisi rumah juga dapat mem-berikan keselesaan kepada tetamu yang hadir. Pendek kata semuanya menyamankan dan amat selesa. Dan sepanjang hari itu penuh dengan gurau senda sesama ahli yang hadir dan hingga menjelang saat perpisahan semuanya riang dan gembira.
SEMUA RELAKS |
Macam-macam kerenah peserta pertemuan ini, ada yang kelakar, ada yang serius dan ada yang santai-santai. Pendek kata semuanya relaks sehingga penamat pada sebelah petangnya... dan ada juga yang balik sebelah malam. Untuk memberikan gambaran apa yang berlaku akhi paparkan sebahagian dari foto-foto yang sempat akhi rakamkan dan foto yang ahli-ahli lain tagkan kepada akhi....
Berdoa dan Solat adalah acara wajib dalam setiap pertemuan yang dianjurkan oleh grup ini |
PENUBUHAN GRUP SEROJA
No comments:
Post a Comment